Thursday, November 23, 2017

Speed Metal Symphony

Yang dah pun berusia 30 tahun...


Cacophony - Speed Metal Symphony (1987)

Kenangan zaman menuntut di ITMCJ. Ramai kaki shredder. Dari mereka lah saya belajar (bukan belajar main gitar...itu memang tak pandai-pandai...telah ditakdirkan tangan bangku ๐Ÿ˜€), belajar mendengar kaset-kaset shredder dari Shrapnel Records. Ini adalah salah satu darinya,

Dari sini mula tahu Jason Becker dan Marty Friedman. Pernah juga memiliki kaset solo mereka, Perpetual Burn dan Dragon's Kiss. Sayangnya dah hilang entah ke mana. Baca tajuk album pun dah boleh agak macamana isinya. Memang laju. Solo-solo gitar shred yang laju. Ianya bukanlah sebuah album untuk majoriti pendengar. Jika anda mahukan bluesy melodies, sing-along choruses, slow arpeggios, lagu-lagu balada menusuk kalbu. Ini sememangnya bukan untuk anda.


Ianya sebuah album untuk pemuzik terutamanya gitaris dan peminat muzik gitar. Tetapi jika anda seorang gitaris/peminat muzik gitar yang sering berkata “laju laju ni nak pergi mana”. Maka ianya juga bukan untuk anda.

Jason Becker dan Marty Friedman benar-benar menyerlahkan kehebatan mereka disini. Sayangnya, jika mereka mempunyai vokalis sehebat Jeff Scott Soto dan  produksi yang lebih baik, pastinya album ini akan jadi lebih menarik.

Khas untuk pengemar shredder.





9 comments:

  1. Album best ni.dari dulu nak tak dpt

    ReplyDelete
  2. dua dua big names yang tak boleh dilupakan

    ReplyDelete
  3. cd yer. jap nanti aku up gambar piring

    ReplyDelete
  4. hahaaha..dulu try2 jgk nk jd spt marty friedman..tp xde bakat..just dapat tiru cara dia pegang pick gitar n petik tali gitar(mcm mengorek..hahaha) jadi le...

    ReplyDelete
  5. Ijau harus dgr ni..
    Malam2 gini baru ada masa baca2 posting2 lepas haha.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Iyer zaman ni lagi Marty dah nampak kejepunannya..

      Delete