Saturday, January 13, 2018

Berdiri Kembali




Rock N Roll John - Berdiri Kembali (cd single 2017)

Jarang betul membeli cd single band tempatan. Tetapi penangan lagu "Berdiri Kembali" memang kuat. Sejak kali pertama mendengarnya di Radio Ria dalam rancangan, "Vicious Volume", terus terpikat.


Cd single yang cuma berharga RM18 ini di beli secara on-line melalui esachannel.com. Ada 3 buah lagu kesemuanya. Selain "Berdiri Kembali" terdapat juga 2 lagu berbahasa Inggeris yang bertajuk "Drastic" dan "Victory Is Mine". Rock N Roll John bukanlah band baru. Lama dah ada dalam scene muzik indie berbahasa inggeris tempatan. Dulu-dulu ada juga terbaca artikel pasal mereka di dalam majalah ROTTW. Tetapi baru ini lah berpeluang untuk mendengar lagu-lagu mereka. Konsep mereka berdasarkan cd single ini adalah acuan rock n roll, punk dan metal yang sangat melodic dan catchy.

Menariknya cd ini selain ditandatangani oleh ahli kumpulan, ia juga disertakan dengan sebuah poster besar yang juga siap di tandatangani oleh mereka. Memang sedap lagu-lagunya. Tetapi tumpuan utamanya sudah tentu-tentulah lagu yang bertajuk "Berdiri Kembali". Susah nak jumpa lagu melayu yang sebegini. Sangat rekomen untuk mereka yang sukakan lagu-lagu epik jenis"builds up". Mula dengan tempo perlahan, kemudiannya ke sederhana (mid tempo) dan disudahi dengan laju. Ala-ala "Stairway To Heaven", tetapi oleh kerana ianya lebih kepada metal, bolehlah bayangkan lagu seperti "One", "Fade to Black" mahupun "Sanitarium".


Print screen FB Adam John (vokalis, gitaris dan tulang belakang Rock N Roll John) tentang terhasilnya lagu Berdiri Kembali

Mendengarnya  mengingatkan kembali era kegemilangan thrash di mana band-band seperti Overkill dan Testament contohnya, banyak menghasilkan lagu-lagu sebegini. Entah mengapa mereka dah tak buat dah lagu-lagu yang macam ini, Sayang betul. Sebenarnya selain lagu-lagu mereka yang heavy, lagu-lagu sebegini juga amat menarik hati.


"Berdiri Kembali" memang sangat catchy melodinya. Sekali dengar dah melekat dalam kepala. Kalaulah lagu sebegini diberi peluang untuk keluar radio. Sudah tentu ianya boleh jadi satu lagu yang popular. Yang tak rock pun boleh jadi minat.

Kepada sesiapa yang belum pernah dengar boleh sahaja cari mereka di youtube. Tetapi adalah lebih elok jika kita membantu bakat tempatan seperti mereka dengan membeli cdnya. Mereka juga ada di iTunes dan Spotify.

Mari sokong produk tempatan!




6 comments:

  1. Syg la band2 mcm ni takda yg peduli.nak keluar kat radio pun susah.dah dj radio zaman skarang ni hampeh.

    ReplyDelete
  2. Waa thanks info baru tau band ni..

    ReplyDelete
  3. Berdiri Kembali tu memang ala2 One aku dengar..aku beli kat kedai je, takda poster..yg bagus ada lirik semua, sbb kadang2 band2 yg tak famous nie, simple je cover/inlay diorg..

    ReplyDelete
  4. facebook mana tah aritue aku nampak promo diorang nie..

    ReplyDelete