Friday, January 5, 2018

Prima Domestika

Album pilihan 2017...


PRIME DOMESTIC - PRIMA DOMESTIKA (2017)

Setelah beberapa tahun scene rock melayu hanya sekadar meriah dengan album-album reissue, akhirnya tahun 2017 kita disajikan dengan 3 buah album baru dari nama-nama besar, Search, Rampage (band Yazit Search) dan Prime Domestic.

Saya belum berpeluang untuk mendengar Rampage. Tetapi album baru Search dan Prime Domestic memang menarik. Perbandingan keduanya sebenarnya agak tidak kena. Kedua-duanya tidak sama genre. Teringat kata-kata bekas pemain bass Search, Yan dalam satu wawancara, Search muziknya lebih kepada rock n roll yang santai. Begitulah Katharsis.


Sementara Prima Domestika pula muziknya lebih moden, teknikal dan progressif. Ada yang seakan-akan metal juga. Terutamanya untuk lagu-lagu yang berat. Mungkin bagi sesetengah orang ianya agak sukar nak di hadam. Teringat dulu ada rakan-rakan yang mengelarkan muzik sebegini sebagai rock orang bandar. Berapa kerat lah yang berjaya hadam muzik Dream Theater kan?

Majoriti lagu-lagunya adalah ciptaan Joe dan Hillary. Sememangnya dapat kita rasakan yang Joe benar-benar "all out" kali ini. Betul betul "No Regret No Surrender". Dengan 2 gitar hero bergabung memang kita dapat jangkakan bagaimana solo solo dan kerja gitarnya. Memang hebat. Ada juga dual solo ala Iron Maiden.

Produksi sound dan susunan muziknya tip top. Maklumlah barisan pemuziknya yang boleh di anggap sebagai supergroup. Lagu-lagu beratnya memang menangkap. Sedap. Cumanya saya agak kurang terkesan dengan lagu-lagu perlahan mereka.


Bukannya tak sedap cuma saya mempunyai masalah dengan slang dan sengau Aweera dalam nada rendah lagu-lagu perlahan mereka. Ianya seperti dibayangi Awie. Tetapi perlu diakui untuk lagu lagu yang berat, Aweera mempunyai identiti yang tersendiri. Bagus tetapi rasanya masih banyak yang perlu dia buktikan sebelum beliau layak bergelar penyanyi rock yang terbaik.

Selain dari itu saya tiada masalah dengan Prima Domestika. Bagi saya ini adalah album rock melayu terbaik untuk tahun 2017. Bagi sesiapa yang masih belum mendapatkannya, beli lah segera. Murah jer pun - RM23 melalui page FB mereka.

Terbaik!




8 comments:

  1. Domo arigato terima kasiiiiih....*step acah-acah 4U2C

    Thanks for the review Berteromber!

    ReplyDelete
  2. Akhirnya review dari Sang Berteromber...noregretnosurrender

    ReplyDelete
  3. Aku pilih album katharsis terbaik tahun 2017 haha.. aku beli tak dpt pun poster tu. Mungkin kalau beli online baru dpt kan.. apapun makin lama dgr makin sedap album ni..

    ReplyDelete
  4. Belum beli jugak ni.dah 2 geng blog review

    ReplyDelete
  5. Tu dia....
    Album rock melayu terbaik 2017.

    ReplyDelete
  6. Katharsis lebih baik.Killer album.
    Prima Domestika.Masih tak dapat lagu yg killer sama ada metal atau slow rock.Lagu Kurnia sesuai jadikan taruhan berbanding yg lain.

    ReplyDelete