Monday, January 22, 2018

Blow Up Your Video

Sudah pun berusia 30 tahun pada 18hb Januari yang lalu...


AC/DC - Blow Up Your Video (1988)

Cd ini diperolehi hanya 2 atau 3 tahun yang lalu. Tahun-tahun yang tengah kemaruk untuk melengkapkan discography AC/DC dalam simpanan. Sebelum itu memang tak pernah dengar. Saya memang agak terlambat untuk memahami muzik AC/DC.


Pertama kali dengar memang kurang berminat. Ini adalah antara cd mereka yang paling kurang diputarkan. 2 lagu pembukaan adalah lagu yang paling menarik. "Heatseeker" dan "That's the way I wanna Rock N Roll". Ada 2,3 lagu lain yang agak catchy juga chorus dan rif -rifnya bila di dengar berulang kali. Tetapi selebihnya hanyalah biasa-biasa dah bolehlah dikatakan sebagai filler.


Pertengahan 80an adalah tahun-tahun kejatuhan AC/DC. Flick of the Switch (1983), Fly on the Wall (1985) dan Blow Up Your Video adalah antara album-album mereka yang kurang digemari. Boleh juga di anggap sebagai filler dalam discography mereka. Nasib juga mereka kembali dengan album hebat, The Razors Edge (1990) selepas dari ini.

Kesimpulannya, Blow Up Your Video adalah album yang perlu anda beli jika anda dalam kategori peminat tegar ataupun untuk melengkapkan koleksi discography mereka.




4 comments:

  1. hahaha... aku taknak TER dengan AC/DC ni, cukuplah dengan black ice, back in black (eh, dah jual) dan kompilasi ironman 2

    ReplyDelete
  2. Mmg tak bole nak kejar dah acdc ni banyak album ni.yg ada pun back in black je

    ReplyDelete