Sunday, April 15, 2018

Battle Of The Bands


Battle Of The Bands (2006)

Ini sekadar melengkapkan koleksi. Tak beli pun. Tapi ada seorang sahabat bermurah hati nak bagi. Dia yang sambut hari jadi, saya pula yang dibaginya hadiah…hahaha..(terimkasih Encik Hensem Portdy)

Sedikit info, cd ini didatangkan dalam bentuk 2 disc dengan gabungan album BOTB Round 1 dan BOTB Round 2. Susunan lagunya sama seperti versi 2 disc keluaran tahun 1997. Kedua-duanya kurang satu lagu (Hanya Secebis Jawapan - Ella & The Boys)


Yang menarik tentang versi ini adalah inlaynya. Ianya disertakan dengan biodata band-band yang mengambil bahagian. Walaupun ianya bukanlah biodata yang lengkap, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu.


Selepas ni memang rasanya dah tak cari dah apa-apa pun keluaran tentang Battle Of The Bands. Cukuplah apa yang ada. Yang kurang cuma versi kaset dan gold disc cd BOTB Round 2. Tak apa lah. Tak cari pun. Pernah ada versi kaset dulu-dulu (versi cetak rompak). Tapi dah hilang ntah kemana.






3 comments:

  1. Dah ada LP cukuplah..hihi...aku punya CD ni,masih berplastik

    ReplyDelete
  2. Complete dah tu.riak battle of the bandwi..haha

    ReplyDelete
  3. Ada juga CD ni, sebelum ni aku kena ada CD Ella & The Boys - Terunggul baru lengkap lagu2 BOTB 1 & 2..tapi tak payah dah bila dah beli BOTB gold 1 & 2, sumber lagu2pun yg sama..

    ReplyDelete