Tuesday, June 26, 2018

Battalions of Fear

Yang dah 30 tahun pada 17hb Mei yang lalu...


Blind Guardian - Battalions of Fear (1988)

Penghujung 80an dulu agak sukar juga untuk mendapatkan kaset mereka. Hanya tahu nama tetapi tidak pernah mendengar lagu-lagunya. Maklumlah zaman sebelum internet. Mula berpeluang dengar hanyalah ketika demam power metal menular di Malaysia pada penghujung tahun-tahun 90an. (kalau tak silap album Nightfall in Middle-Earth - 1998)

Dari situ mula mencari album-album yang sebelumnya. Tak sangka pula dalam beberapa album awal tersebut, album pertama mereka inilah yang paling mudah melekat di hati. Muziknya lebih kasar. Lebih kepada speed metal berbanding epic power metal seperti sekarang. Laju, straight forward, high-octane tanpa elemen synth dalam arrangementnya. Iras-iras Helloween zaman awal Kai Hansen pun iya juga. Lagu seperti "Trial by the Archon” pula terserlah ke”Maiden”annya. (haha…ada ker ayat macam ni)


Tetapi lagu yang cukup saya suka adalah “Majesty”. Memang tak jemu-jemu dengar. Memang sedap. Kalau tak…tak kan lah Blind Gurdian sendiri masih tetap memainkan lagu ini secara live sehingga sekarang.

Jika anda sukakan speed metal 80an, ini adalah antara album yang patut anda cari. Best!



2 comments:

  1. sama macam kes hammerfall dan kamelot... aku mula kenal blind guardian melalui zaman napster awal 2000an

    ReplyDelete
  2. Aku cari album follow the blind kot tak silap.tak dpt2 lagi

    ReplyDelete