Friday, June 29, 2018

In Battle There Is No Law!

Yang 30 tahun pada 12hb Jun yang lalu..


In Battle There Is No Law! - Bolt Thrower (1988)

Tak pernah dengar semasa ianya diterbitkan 30 tahun yang lau. Hanya mula kenal Bolt Thrower ketika zaman War Master (1991).

Mendengar album ini mengembalikan ingatan saya ke zaman remaja (zaman true ­čśÇ). Zaman teruja mencari kaset/demo band-band yang lebih ekstrem. Gambar covernya sahaja sudah cukup mengembalikan ingatan ke zaman tersebut. Zaman tak kisah pasal sound. Tak kisah jika ianya sumbang. Yang penting ianya brutal. Ianya ribut. Haha…

Album ini adalah contoh terbaik. Tak kisah lah jika ketukan drumnya sedikit sloppy. Sound mendap. Tetapi album bajet rendah seperti ini sudah cukup sempurna untuk peminat die-hard metal fan. Sudah cukup memberikan daya tarikan. Sudah cukup untuk menjadikannya sebagai klasik.


In Battle There Is No Law! hanyalah sebuah album death metal yang biasa-biasa sahaja. Bukanlah penanda aras tetapi ianya adalah batu asas untuk muzik Bolt Thrower yang lebih hebat di kemudiannya.

Ianya bukanlah doomy old school death metal Bolt Thrower seperti sekarang. Tetapi seperti kebanyakan band-band death metal sezamannya, ianya dipengaruhi muzik grindcore dan punk.

Untuk yang suka bergenre, mungkin muzik sebegini bolehlah dikategorikan sebagai grinding death metal atau mungkin juga crusty death metal. Entahlah…janji enjoy sudah…



1 comment:

  1. Lawa betoi album ni. Dari cover yang chantek, ke sound-nya yang mantap... Memang tahap supermodel-lah katakan...

    ReplyDelete