Monday, August 27, 2018

... And Justice For All

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 25hb Ogos..


Metallica - ... And Justice For All (1988)

30 tahun dah...cepat betul masa berlalu. Masih teringat-ingat kali pertama mendengarnya. Antara kaset asli yang terawal di beli. Penghujung 80an adalah tahun-tahun yang kebanyakan kedai-kedai kaset mula menjual kaset asli. Kalau tak silap harganya dalam RM9 untuk kaset melayu dan RM11 untuk kaset orang putih.

Ini adalah kaset kedua Metallica saya selepas Garage Day Re-Revisited. Antara album yang membuatkan saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrim. Mula tahu perkataan thrash dan membuka ruang untuk mula menjejaki band-band thrash yang lainnya.

Sebuah album yang bagus biasanya memerlukan lagu pertama yang terus boleh memberikan mood dan kesan untuk jatuh cinta dengan pendengaran pertama. Ini yang berlaku kepada saya dengan track pertama, Blackened. Sudah semestinya ini adalah antara album kegemaran.


Ianya juga adalah antara cd kegemaran untuk dimainkan didalam kereta apabila saya mula berkereta dan mempunyai cd changer. Zaman tu sekitar pertengahan tahun 90an, kereta masih belum mempunyai pemain cd. Cuma ada kaset player. Nak main cd dalam kereta kena beli cd changer. Ianya dipasang di bonet belakang dan boleh diletakan paling maksimum 12 keping cd sekaligus. Generasi K-Pop zaman sekarang pastinya tak boleh terbayang macamanalah rupanya yer...haha... Sekarang kereta model baru pun dah tak ada cd player. Semua pun dah pakai usb untuk dengar mp3. Generasi cd sememangnya semakin pupus.

Produksi dan sound AJFA walaupun tanpa bunyi bass yang berdentum dah cukup untuk membuatkan rasa nak gugur jantung bila mendengarnya dengan full blast dalam kereta. Kena pula zaman tu zaman kemaruk modified sound sistem untuk kereta. Memang berdentum dentum bunyi ketukan drum Lars Ulrich.


Untuk saya ini adalah album terbaik yang terakhir yang dihasilkan oleh Metallica. Saya kurang gemar dengan album-album yang selepasnya. Mereka berubah dan ianya bukan pun salah mereka. Mungkin peminat seperti saya yang tidak mahu berubah. Selera muzik masih tersangkut di era 80an....





5 comments:

  1. "... rata-rata ramai member aku mengenali Metallica menerusi album AJFA ni" - ayat aku dalam entri lama

    ReplyDelete
  2. wow. Menggamit kenangan.Good post Tuan.

    ReplyDelete
  3. Anthrax guitarist Dan Spitz was apparently so intrigued by the persistence of time that, following the release of 1993’s Sound of White Noise, he left the band to become a watchmaker. He’s been trained at the WOSTEP Watchmaking School in Neuchatel, Switzerland, and graduated from New York’s Bulova School of Watchmaking in record time

    Read More: Rock 'n' Roll Watches: A Complete Guide | http://ultimateclassicrock.com/rock-and-roll-watches/?trackback=tsmclip

    ReplyDelete
  4. Kenangan kat hostel sekolah thn 1990 dulu..album Metallica pertama yg didengar..

    ReplyDelete