Thursday, August 2, 2018

Eonian



Dimmu Borgir - Eonian (2018)

Jujurnya bukan peminat black metal dan Dimmu Borgir. Hanya mendengar mereka melalui youtube, spotify dan koleksi MP3. Makanya tak layak langsung untuk mengulas Dimmu Borgir. Mereka adalah salah satu nama besar yang berjaya mengkomersilkan black metal kepada dunia mainstream.

Membeli cd ini kerana rasa tertarik dengan alunan melodic symphonic black metal mereka. Muziknya dipenuhi dengan alunan choir dan synthesizer. Ianya menjadi semakin dominan berbading album-album mereka sebelumnya. Ada ketikanya sehingga meneggelamkan bunyi gitar.


Rasanya jika anda mengharapkan muzik dark, heavy, black metal seperti Dimmi Borgir yang lama, anda akan kecewa. Mereka sudah jauh berevolusi. Ada ketikanya seolah-olah mereka adalah tetamu (guest artist) pada lagu-lagu mereka sendiri kerana terlampau banyaknya elemen choir dan orkestra. Boleh dikatakan pada kesemua lagu.

Nak kata tak sedap, sebenarnya sangat sedap. Terutamanya untuk casual listener seperti saya. Dengan Eonian, mereka mendapat seorang peminat baru. Tetapi sebenarnya ia lebih kepada pilihan telinga dan selera masing-masing. Purist black metal mungkin tak suka. Tetapi jika anda sukakan epik metal, ini sememangnya untuk anda.



4 comments:

  1. pernah melekat sekejap dengan dimmu ni awal 2000an dulu, album last aku layan death cult armageddon, lepas tu dah kurang layan genre macam ni... dah lari ke arah metal yang lebih santai

    ReplyDelete
  2. aku rasa lagu death cult armageddon je yg melekat skali dgn clip video yg power..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, Dimmu Borgir ni dari zaman album mereka yg berjudul 'Enthroned Darkness Triumphant' memang dah banyakelemen-elemen orkestra yg menggunakan synthesizer. Dimmu Borgir ni memang black metal yg jenis easy-listening, terutamanya jika dibandingkan dengan band black metal yg raw macam Bathory, Darkthrone dan Mayhem.

    Enthroned Darkness Triumphant
    Spiritual Black Dimensions
    -- Dua album dr Dimmu Borgir yg I would recommend for easy-listening synthesizer based black metal. Give them a try bro!

    ReplyDelete
  4. Bukan Orchestra je ada dlm ni. Electronic dia pun merdu. Black metal dgn break chorus solo merdu mmg dah trend skrg ni.. Ada genre blackgaze laaagi.. Try Deafheaven

    ReplyDelete