Wednesday, January 30, 2019

30 tahun yang lalu...(Pt 2)


Sambungan dari >SINI<

1989...baru habis sekolah. Zaman hidup masih simple. Tahun yang tengah kemaruk dengan muzik metal. Duit pun tak ada. Sambil tunggu keputusan SPM, Pergi lah kerja kilang . Kilang kuih kat Taman Johor Jaya. Lepas la duit untuk beli kaset.

Lepas tu dapat panggilan ke ITM. Mak bagi duit belanja diam-diam buat beli walkman (haha..). RM35 jer kalau tak silap. Jenama Phillips..Itulah yang jadi peneman sepanjang belajar di ITM.

Tahun tu memang banyak album yang best. Tak tau lah samada memang masa tu semuanya betul-betul best ataupun dah ianya zaman kita dan itu yang hari-hari di dengar. Maka memanglah kita rasa best. Alaa...semua orang pun kata zaman dia best..haha...

Seperti entri sebelumnya...ini adalah antara album-album berjaya di"cd"kan dari tahun tersebut. Ada yang dulunya hanya sekadar dengar nama. Maklum lah duit pun tak berapa nak ada. Ada pula yang kasetnya memang tak masuk Malaysia pun. Dulu mana ada nak beli on-line. Dapat dengar band yang pelik-pelik pun biasanya bila ada kawan atau abang kawan yang baru balik belajar oversea yang kenalkan.



Ini adalah contoh. Teringin nak dengar. tapi tak ada jual kasetnya di Malaysia. Yang Savatage - Gutter Ballet tu pula contoh abang kawan yang baru balik belajar dari USA yang kenalkan.


Macam genre thrash, genre glam metal, hair metal, 80s metal, rock kangkang...tak kira la apa yang korang panggil pun semua best-best..


Genre macam ni banyak yang kasetnya masuk Malaysia. Rasanya hanya Lizzy Borden - Master of Disguise yang tak pernah nampak kasetnya di kedai.


Kebanyakannya ni dulu ada kasetnya. Ada yang masih simpan dan ada yang ntah kemana hilangnya. Semua suka ni. Sampai sekarang masih dengar.


Yang rock 70an buat comeback pun banyak yang menjadi. Paling top dah tentulah Whitesnake. Alice Cooper pun boleh tahan.


Masa ni tak pandai "true" lagi. Semua pun layan. Tak kira la thrash ker AOR ker...layan jer semua. Janji sedap. Masa tu genre ni tak penting sangat. Semua pun orang panggil rock. Perkatan "poser" pun tak pernah dengar. Tapi selepas tu...masuk 1990...mulalah diskrimasi dan label melabel...ada yang kena ketawa kalau tau yang selain Sepultura, kau juga dengar Bad English...haha...

-The memory remains-






No comments:

Post a Comment