Satan - Cruel Magic (2018)
2018 adalah tahun yang baik untuk orang-orang
Peminat NWOBHM pasti biasa dengan band ini. Seperti Tokyo Blade, mereka juga adalah sekumpulan orang-orang tua yang masih enjoy menghasilkan muzik baru. Muzik baru di sini bukanlah bermaksud muzik rock atau metal anak muda masa kini. Mereka tetap dengan cara lama. Lejen seperti mereka tak perlukan muzik trendy. Tak kisahlah kalau ada yang kata kita kena berubah.
Bukan nak kata muzik sekarang tak sedap. Tapi itu biar lah BTS, Blackpink atau Masdo yang buat. 😁. Kalau Satan memang kita mahukan muzik NWOBHM!.
Makin tua makin berisi. Selepas Blind Fury, Pariah, Skyclad dan tak lupa Blitzkrieg, mereka kembali bersama. Memang semua lagu sedap. Rif dan twin gitar solo dari Russ Tippins dan Steve Ramsey pun masih menyengat. Beginilah muzik heavy metal yang sepatutnya. Pengalaman orang lama memang tidak boleh disanggah.
Sebagai peminat genre yang sebegini, ianya memang kena dengan selera. Salah satu album kegemaran untuk tahun 2018. Sangat best!

dulu kita hairan kenapa bapa2 kita masih layan muzik 60an sedangkan ketika itu dah 80-90an
ReplyDeletebila tiba giliran kita (generasi-X) melaluinya, baru kita faham
Cover depan dah macam scene dalan cerita nun
ReplyDeleteBaru dengar tadi, boleh tahan jugak lagu2 syaitan ni
ReplyDelete