Monday, August 19, 2019

Zenith



Enforcer - Zenith (2019)

Salah satu nama besar dalam pergerakan NWOTHM (New Wave of Traditonal Heavy Metal). Muzik begini adalah untuk yang selera muziknya masih tersangkut di era metal 80an. Seronok juga bila band-band yang lebih muda dan baru memainkan muzik metal orang orang tua... haha... Siapa kata zaman sekarang sudah tiada lagi muzik heavy metal yang bagus. Mungkin kita yang tak betul-betul mencari. Kalau di Malaysia boleh sahaja mencuba Iron Bird.

Ini adalah album yang ke 5 dari band yang berasal dari Sweden. Kali ini mereka sedikit berubah. Zenith lebih komersial. Sound lebih bersih dan lebih melodic. Ada elemen-elemen glam / hair metal. Ada lagunya yang mengingatkan kepada Stryper. Mungkin kalau ini di tahun 80an, mungkin sahaja situasi ini boleh disamakan dengan Judas Priest - Turbo.


Nak kata sell out, ada juga lagu mereka yang masih heavy. Mungkin ini cara mereka untuk mencuba idea dan sound yang baru. Tetapi pastinya bagi yang mahukan mereka kekal dengan sound speed metal seperti album-album awal akan sedikit kecewa. Tapi biasalah band berevolusi.

Kesimpulannya, ini adalah sebuah album yang bagus. Lagu sedap-sedap belaka. Yang suka melodic metal 80an pasti tak akan kecewa. Mendengarnya membuatkan kita rasa seperti kembali ke era penghujung 80an. Salah satu album kegemaran untuk tahun tahun 2019.



3 comments:

  1. betul tu bert... album ini memang terbaekkk daa..
    dan satu lagi tu..
    wa nak sharing dgn brader jugak ni..
    satu kumpulan baru yg ada punyai irama glam jugak..
    iaitu kumpulan - Reckless Love
    best grup ni.. full rekomen utk abe bro... hehehhe
    beliau ada gaya ala-ala POISON gitu..
    terbaekkkkk huhuhu

    ReplyDelete
  2. Terbaik album ni...dh dgr kt youtube mmg best...

    ReplyDelete