Tak banyak pembelian buku/majalah majalah untuk tahun 2020. Memang bercadang untuk mengurangkan pembelian kerana banyak dah stok bahan bacaan dari beberapa tahun yang lepas masih tak berusik. Ada yang masih dalam sampul plastik. Penangan melanggan Netflix, semakin banyak masa untuk membaca telah di ambil alih oleh Netflix.
Tak ingat sangat dah apa yang dibeli sepanjang tahun lepas. Tetapi 4 dari tajuk di atas dibeli pada minggu terakhir tahun 2020. Terjumpa jualan murah di Jusco. Sebagai peminat buku-buku biography, peluang membeli dengan harga RM10 sebuah memang tak akan dilepaskan.
Tak pasti dengan 2021. Tetapi terus membeli itu sudah pasti. Yang dah pun terbeli walaupun 2021 baru masuk beberapa hari adalah "Heavy Duty : Days and Nights in Judas Priset - KK Downing". Yang dalam wishlist menunggu versi soft cover adalah "Monsters of River and Rock - Adrian Smith" , "Rust in Peace : The Inside Story of the Megadeth Masterpiece - Dave Mustaine", "Confess - Rob Halford" dan "Son of a Milkman : My Crazy Life with Tesla - Brian Wheat".
Juga masih mencari harga mampu milik untuk "Off the Rails: Aboard the Crazy Train in the Blizzard of Ozz - Rudy Sarzo", "18 and Life in Skid Row - Sebastian Bach", "Sex ,Drugs, Ratt & Roll : My Life in Rock - Stephen Pearcy", "I'm the Man: The Story of That Guy from Anthrax - Scott Ian", "Relentless : The Memoir - Yngwie J Malmsteen', "Iron Man: My Journey through Heaven and Hell with Black Sabbath - Tony Iommi", "More Life with Deth - David Ellefson", "My Bloody Roots : From Sepultura to Soulfly and Beyond - Max Cavalera" and the list goes on and on and on....
Tahun 2020 juga adalah tahun yang konon-kononnya hendak membeli setiap keluaran majalah Rock Candy (diterbitkan 2 bulan sekali) kerana ini adalah satu-satunya majalah yang secara khususnya bercerita tentang muzik rock dan metal di era 80an. Sayangnya disebabkan Covid-19, majalah ini tidak lagi masuk ke pasaran Malaysia. 😢😢😢
Tetapi yang pastinya untuk tahun 2021 ini. Buku pertama yang sedang diusahakan untuk di baca adalah "Penaney pek buleh tumpang, Penudoh pek buleh hi ajar" yang ditulis oleh seorang sahabat yang juga seorang rock n roll blogger, Saudara Rammy Azmi. Dari sejak dibeli pada bulan November lepas, masih gagal untuk memulakan pembacaan. Nak baca ulasan boleh singgah ke blog Arsil.
sempat memancing 2 buah buku BBW penghujung 2020, tapi belum sampai...
ReplyDeleteaku tahun lepas kira tahun aku rajin membaca rasanya dlm belas2 buku aku habiskan. tahun ni sudah mula kemasukan buku2. tapi memang tak terkejar lah nak baca semua. anak2 aku pun sudah masuk jadual dorang membaca satu novel satu bulan. tak habis baca memang kena ngan mak dorang. nanti aku tampal lagi sekali jalan buku2 habis ku baca tahun ni.
ReplyDeleteHaha. Dah mula baca ke bro?
ReplyDeletehaha..belum
Delete