Sunday, January 24, 2021

Can I Play with Madness

Kenangan single pertama dari album Seventh Son of a Seventh Son...


Iron Maiden - Can I Play With Madness (12" single Vinyl) - 1988

Dalam banyak-banyak gambar cover single Iron Maiden, ini adalah gambar yang paling diminati. Alang-alang dah minat tu cari yang 12 inci terus walaupun harganya boleh buat "hati gembira poket menangis" kalau nak dibandingkan dengan harga yang 7 inci. 

Tapi memang puashati lah bila dapat pegang dan membelek secara teliti gambar cover yang besar ni berbanding versi 7 inci ataupun cd. Memang kagum betul dengan hasil kerja Derek Riggs ni.


Dulu ketika menuntut di ITM, cover ini pernah dilukis di muka depan salah satu buku matapelajaran yang di photostate. Zaman tak berapa nak mampu beli buku, biasanya nak murah kena beli 2nd hand dari senior atau pun pinjam buku kawan dan photostate. Tak ingat dah buku subjek apa. Bila habis semester. Nak duit lebih. Buku tersebut di jual pula kepada junior. Tak pasti siapa yang beli. Suruh kawan yang cari pembeli. Khabarnya dibeli oleh seorang siswi. Tak tau lah apa perasaan budak perempuan tu bila beli buku yang gambar cover depannya muka Eddie....hahaha...


Tak berniat nak kumpul single...tetapi biasalah. Bila dah terbeli satu maka secara automatiknya akan beranak jadi 2... hmmmmm....



2 comments:

  1. setakat ini aku masih selamat daripada singles dan piring hitam, syukur... CD pun dah mula slow-down

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko hobi banyak... Aku ni ajer.. Selagi mampu dan minat.. Aku rasa takder sebab aku nak slow down.. Haha..

      Delete