Ini kisah sebelum PKP 2.0 (tahun lepas december punya cerita)
Lama juga tak pergi ke kedai kaset/cd secara fizikal. Kali terakhirnya mungkin ketika sebelum PKP yang pertama pada awal tahun 2020. (Kedai cd kat Larkin Sentral tu. Apa khabar la agaknya. Sebelum ni pun dah macam tenat kedainya)
Kali nak cerita pasal Embrace Hall Music & Art Centre. Rasa seronok juga bila Johor Bahru masih wujud kedai sebegini. Ini kunjungan kali kedua. Kali pertama beberapa tahun yang lalu ketika mereka menganjurkan Records Store Day Johor Bahru.
Ternyata kedainya dah berwajah baru. Kini ianya dikenali sebagai Embrace Hall Cafe. Selain boleh membeli cd, kaset, piring hitam dan tshirt, mereka juga menyediakan ruang cafe untuk makan dan minum. Satu idea yang baik untuk yang dah berkeluarga. Suami belek cd,kaset dan lp, isteri dan anak boleh duduk menjamu selera.
Kongsi sikit la gambaran di dalam kedainya.
Untuk mengetahui menu dan keterangan lanjut boleh sahaja lawati mereka di 14-02, Jalan Sri Perkasa 2/22, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor atau kunjungi facebook Embrace Hall Cafe.
Ini bukanlah iklan berbayar. Tuan kedai, Saudara Khairul Fahmi pun tak kenal siapa saya. Ini hanya sekadar satu sokongan untuk kedai muzik fizikal yang hampir pupus. Walaubagaimanapun terimakasih untuk beliau dan isteri yang sempat belanja kami (saya dan isteri) minuman air coklat secara percuma.
Pantanglah kalau masuk kedai sebegini tapi tak beli apa-apa. Dah isteri berniat nak belanja sebagai hadiah belated birthday. Dua keping lp terus kita pau....huhuhu... (thanks to my better half yang memahami hobi suaminya 💖)
lama juga ni tak turun kedai2 gini. aku plan nak turun tapi nampak gayanya berPKP lagi ni.
ReplyDeleteKL masih meriah... masih banyak kedai2 gini...
Deletekeras~
ReplyDeletePernah turun memburu disini dulu.
ReplyDeleteKalau ada yang sanggup buat list kedai cd yg masih buka...
ReplyDelete