Tuesday, July 5, 2022

Gila Format - South Of Heaven

 Sempena ulangtahun yg ke 34 pada hari ini...

Slayer - South Of Heaven (1988)

Album yang tak perlu di perkenalkan lagi. Semua yang mendengar muzik ekstreme pasti dah berpuluh kali mendengarnya. Blog ini pun dah pernah menulis tentangnya dulu.

Ianya adalah antara permulaan saya terjebak dengan thrash. Kasetnya di beli pada tahun 1989. Antara bekalan kaset yang di bawa ketika menuntut di ITM. Ianya diletakkan di atas meja untuk menunjukkan yang konon-kononnya kita adalah true bukannya seorang poser. Walhal dalam drawer ada beberapa keping kaset hair metal seperti Poison, White Lion, Warrant dan sebagainya...hahaha...


Ini bukanlah kaset yang asal. Yang itu tak pasti kemana hilangnya. Mungkin ketika berpindah. Yang pasti ianya bukannya hilang kerana dipinjam. Memang tak pernah bagi kawan pinjam. Kecuali kes terpaksa kepada seorang senior di minggu suai kenal. Kononnya dia seorang mat metal tetapi yang musykilnya dia tak pernah pun dengar Slayer...haha...

Kaset yang ini dibeli pada tahun 2018 melalui facebook. Tak sama dengan versi asal. Ada perbezaan dari segi susunan atur tulisan dan inlaynya. Ianya pernah diceritakan sebelum ini. 


Versi cd pula adalah dari dari Tower Records KL Plaza  dibeli sekitar tahun 1998. Manakala versi piring hitam pula adalah hadiah harijadi dari isteri yang di beli di Embrace Hall Café pada tahun 2020.

Sasaran "gila format" yang seterusnya kalau untuk Slayer adalah "Seasons in the Abyss"..



7 comments:

  1. dulu harga CD imported RM40-50 pun dah kira mahal... sekarang naik sampai RM70+ untuk local press dan RM100 imported

    antara sebab aku dah jarang menCD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul…memang mahal…aku rasa cd yang paling murah adalah masa zaman estock kat ebay…selang 2,3 hari posto sampai…haha…

      Delete
    2. menyesal tak beli berabis lengkapkan diskografi [nama band/artis di sini]... itu pun tarik picu kalau jumpa keluar harga RM10-20 baru beli kah kah kah

      Delete
    3. Betul la tu… masa tu kerek betul….mana2 cd yang RM20 ++ memang tak pandang lansung…semua nak yang belas2 ringgit ajer… sekarang baru rasa menyesal…hahaha…

      Delete
  2. antara album slayer yang sangat memorable dan evergreen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tahun 1988 tu…selepas Iron Maiden, Judas Priest dan Ratt… inilah album yang aku buat aku terpaku dengar solo bertukar ganti belah kiri dan kanan bila pakai walkman…

      Delete