Yang menyambut ulangtahun ke 34 pada 1hb Nov yang lalu....Sayangnya tak ada kaset untuk di buat entri gila format...
Ratt - Reach for the Sky (1988)
Kalau sebut pasal Ratt, saya lebih kepada album Dancing Undercover (1986). Ianya lebih kepada keadaan semasa yang pada ketika itu kena dengan saya. Zaman baru terjebak dengan muzik rock dan album tersebut adalah diantara beberapa kaset rock/heavy metal yang terawal saya beli.
Ianya berbeza dengan Reach For The Sky. Ketika album ini dikeluarkan, saya telah mula kemaruk dengan muzik yang lebih laju dan berat. Tambahan pula kekangan duit seorang pelajar menyebabkan kasetnya tidak saya beli.
Apa yang dah dibeli oleh kawan, biasanya tak akan lagi dibeli. Kita hanya perlu meminjam dan dipinjam. Di dalam kes Reach For The Sky, ianya telah pun dibeli oleh abang kandung saya. Tetapi beliau bekerja di KL. Kasetnya hanya dapat saya dengar sesekali apabila beliau membawanya balik kampung setiap kali beliau bercuti.
Ini membuatkan album ini agak kurang nilai sentimentalnya untuk saya. Lagunya yang betul-betul saya dengar hanyalah "I Want to Love You Tonight". Lagu tersebut ada di dalam satu kaset kompilasi cetak rompak cap Apache yang saya beli.
Hanya mula mendengar album ini secara menyeluruh sekitar tahun 1993. Ianya adalah zaman saya merantau mencari kerja dan tinggal di rumah abang di Taman Kosas, Ampang. Dua lagu yang menarik minat ada adalah "Way Cool Junior" dan "I Want A Woman". Ianya mungkin akibat kerap menonton video clip lagu-lagu tersebut dari tape video VHS cetak rompak Ratt Detonator Videoaction.
Ianya bukanlah album Ratt kegemaran. Lebih suka akan album-album mereka yang awal. Tetapi mendengarnya semula sekarang (untuk membuat entri ini) rasa menarik juga.
Tidak ada apa yang salah kalau gitaris anda adalah Warren DeMartini dan Robbin Crosby. Best!.
aku kalau Ratt ni cuma dua lagu saja yang ada nostalgic value - Round And Round dan Back For More
ReplyDeletekalau aku ada banyak... maklumlah melalui zaman tu...
DeleteRATT ni tourmate metallica zaman muda muda dulu kan. heheh
ReplyDeletebiasalah...zaman tu semua pun heavy metal...mana ada genre2 sangat...
Delete