Friday, December 9, 2022

Streets: A Rock Opera

Yang menyambut ulangtahun ke 31 pada 4hb Oktober yang lalu....

Savatage - Streets: A Rock Opera (1991)

Tak berpeluang nak dengar ketika tahun ianya diterbitkan. Tak jumpa dan rasanya memang tak ada di jual di mana-mana kedai kaset/cd di Malaysia. (Tower Records KL Plaza yang punyalah besar itu pun tak jumpa ianya ada dijual.) Membelinya sekitar penghujung tahun 90an (tahun 1999 kalau tak silap) di kedai cd kepunyaan Arwah Fadzil Muzik Box di Plaza Kotaraya, Johor Bahru.

Dibeli sekali bersama dengan cd Handful Of Rain. Ianya adalah cd terpakai dengan harga RM45 sekeping. Teruja nampak ianya ada dijual, memang tak berfikir panjang untuk menjolok duit di ATM berdekatan walaupun tengah sengkek di hujung bulan. Takut-takut kalau ada orang lain yang membelinya. Maklumlah kedai arwah kecil. Tak ada tempat nak sorok. Lainlah kalau di Tower Records. Boleh sahaja sorok di rak cd lagu cina untuk datang kemudiannya bila hari gaji...(pengalaman yang generasi sekarang tak akan dapat...haha...)

Rasanya itu sahaja kenangan saya membeli cd di kedai Arwah Fadzil. Lainnya saya hanya lebih duduk berborak dari membeli sehingga tak lama selepas itu kedai beliau di serbu polis/KDN dan beberapa barang termasuk t-shirt di rampas angkara isu Black Metal yang digembar gemburkan pada ketika itu. Dan akhirnya kedai beliau ditutup sebelum beliau membuka kedai baru di Plaza Seni, Johor Bahru. Semuanya tinggal kenangan. Plaza Kotaraya dah berubah wajah. Plaza Seni dah roboh. Dan Fadzil sediri dah meninggalkan kita semua (semoga Allah merahmati roh beliau).

Streets: A Rock Opera adalah sebuah album konsep. Dah pernah menulis tentangya 11 tahun yang lalu. Kalau nak baca boleh klik  >SINI<. 

Piring hitam ini adalah satu lagi dari siri reissue kesemua album studio Savatage. Album selanjutnya yang dah pun di dalam simpanan adalah Edge of Thorns dan Handful of Rain. Masih mengumpul duit untuk 3 lagi album yang seterusnya... 

#hatigembirapoketmenangis



1 comment: