Bersambung cerita dari To The Gory End dan Consvming Impvlse....
Entombed - Left Hand Path (1990)
Sebelum tahun 1990, zaman sekolah bersama-sama kawan sekampung, muzik yang paling ganas yang kami dengar adalah Slayer dan Sepultura… dan mungkin juga Kreator, Sodom… kalau itu boleh dianggap sebagai ganas (tapi rasanya zaman tu dah kira ganas dah tu kan?... ). Maklumlah...sumber kewangan kami agak terhad.
Tetapi selepas melanjutkan pelajaran ke IPTA, berkenalan pula dengan kawan-kawan yang lebih berduit untuk membeli bermacam kaset (terutamanya kawan-kawan dari KL), rupanya banyak lagi band-band yang lagi ganas. Entombed adalah salah satu darinya.
Pertama kali dengar memang rasa agak sukar nak masuk. Maklumlah telinga dah biasa dengan muzik rock yang lebih bermelodi. Pada ketika itu semua muzik yang lebih berat dari rock dan heavy metal kita panggil thrash. Tetapi Left Hand Path rasanya bukanlah thrash yang biasa. Perasaannya sama ketika kali pertama mendengar Morbid Angel - Altars of Madness. Zaman itu tak tau lagi adanya istilah death metal.
Berlainan dengan band-band seangakatan, Left Hand Path rasanya hampir langsung tidak mempunyai pengaruh thrash. Muziknya lebih laju dan brutal. Mungkin album ini boleh dianggap diantara album death metal yang terawal.
Tetapi sebagai seorang pengemar thrash yang lebih dari death metal, ianya kurang menarik perhatian saya. Namun begitu bagi yang minat death metal. Left Hand Path sudah semestinya antara album yang paling berpengaruh dan menjadi ikutan. Tetapi perlu diakui, ada bahagian-bahagian yang perlahan di dalamnya yang memang sedap. Mungkin itu penyebab kenapa saya lebih sukakan Entombed di zaman yang kemudiannya (Wolverine Blues).
No comments:
Post a Comment