Pembelian sempena diskaun black friday November tahun lalu...
Ozzy Osbourne - No More Tears (1991)
Tak beli dan tak mengambil tahu langsung ketika tahun ianya dikeluarkan. Ianya lebih kepada selera muzik yang berubah dan kekangan kewangan seorang pelajar. Di tambah pula dengan tiadanya rakan-rakan lain yang membeli untuk dipinjam.
Satu-satunya lagu yang saya tahu dari album ini adalah Mama, I'm Coming Home. Itu pun kerana video clipnya sering diputarkan di tv (rancangan MTV dan Chanel V di tv Singapura). Lagunya yang berentak balada yang pada pendengaran saya pada ketika itu agak meleweh menyebabkan ianya agak kurang diminati.
Cumanya ketika sedang berkira-kira untuk membeli album terbaru dari beliau (Patient Number 9) tempohari, saya terpanggil untuk mendengar album ini. Cdnya lama dah dibeli. Tetapi seperti banyak juga cd-cd yang lain, ianya hanya menjadi perhiasan di rak. Dan tak sangka pula saya jatuh minat pada pendengaran kali pertama. Dan tak pasal-pasal pula terjebak untuk membeli versi piring hitam...heheh...
Entah mengapa lagu yang dulunya saya rasa lembek dan mendayu (Mama, I'm Coming Home), kini terasa segar pula. Tambah-tambah jika mendengar versi live. Kerja gitar Zakk Wylde memberikan tenaga kepada lagu tersebut. Saya rasa saya patut tarik balik kata-kata saya duluya yang tak minat dengan Zakk. Imej kuat Jake E. Lee sebagai gitar hero pada ketika mungkin antara yang mejadi penyebab. Namun sejak semakin berusia matang, pemikiran semakin terbuka.
aku ingatkan aku ada album ni, tapi bila audit balik rupa2nya tak ada, yang ada (era Wylde) cuma Ozzmosis, Down To Earth dan Black Rain...
ReplyDeletelepas dengar ni aku terus beli Ozzmosis dan Down To Earth... kira dah complete la era Wylde kecuali album yang lagu2 cover tu
Deletefaktor umur.... dulu lagu meleweh ni tak true...sekarang....hahahha
ReplyDeleteesok lusa ko layan Spoon, Scoin dan New Boyz aku paham la kenapa...hahaha...
Delete