Tuesday, November 29, 2011

Van Halen II

Lagi pasal album rock 70an...kali ini dari tahun 1979...album dari Van Halen...sebenonya aku lebih biasa dengan Van Halen zaman Samy Hagar berbanding David Lee Roth...Van Halen II adalah album ke 3 era David Le Roth yang aku ada...selepas 1984 dan Women And Children First....1984 dulu aku dah cerita...dan bersesuaian ngan entri pasal rock 70an...jom cerita pasal album ni...



VAN HALEN II

Mendengar album ni kita akan mengakui kenapa banyak gitaris2 lain selalu di cop sebagai klon Eddie Van Halen...kalau mendengar album2 hard rock terutamanya di sekitar penghujung 80an...pengaruh permaianan beliau memang jelas boleh didengar...ramai sungguh nak jadi Eddie Van Halen ni rupa2nya...

Van Halen II bukan lah album yang mudah di hadam...bagi aku majoriti album2 zaman David Lee Roth memang macam tu...banding ngan zaman Sammy Hagar yang sangat catchy...tapi disebabkan kerja gitar Eddie Van Halen...setiap lagu2nya menjadi sesuatu yang menarik untuk didengar berulang2 kali...

Aku mengambil sedikit masa untuk menyukai album ni...tapi bila dah masuk...memang sedap album ni...seperti kebanyakan album2 awal Van Halen...mesti ada lagu kaver...walaupun lagu kaver "You're No Good" (Linda Ronstadt???..) tak lah sepopular dan sesedap "You Really Got Me" ataupun "(Oh) Pretty Woman"....tapi ianya diletakkan di track pertama...pelik kan...kenapa lagu ni dipilih untuk menjadi track pembukaan...aku pun tak tau...biasanya lagu2 kaver ni track2 terakhir....

Tapi sememangnya susunan track lagu untuk album ni sedikit pelik...lagu2 yang sedap dan best kebanyakkan di separuh terakhir album ni...kebiasaan album kan lagu2 best letak di awal...nasib lagu paling terkenal dari album ni "Dance the Night Away" di letak kat track ke 2...so takler ler boring kalau 1st time dengar...ni lagu paling pop dan catchy dari album ni...



macam aku cakap tadi...start dari tack no 5 "Outta Love Again"...hingga track 10 "Beautiful Girls"...semuanya bagi aku menarik...terutama part solo/riff Eddie Van Halen la... cekidot instrumental "Spanish Fly"...kalau "Eruption" dia guna gitar letrik...yang ni giler laju dia belasah guna gitar akustik...pergh!!

Kalau anda peminat gitar...aku memang cadangkan korang dengo album ni...tapi kalau jenis nak yang sedap hadam...cekidot era Samy Hagar...tapi David Lee Roth ni memang banyak keistimewaannya...suara dia memang power...tu lum nengok showmanship dia lagi tu...giler hyper...tu pasal peminat2 lama tetap menganggap Van Halen adalah David Lee Roth...

btw...kalau Van Halen...orang selalu sebut Eddie dan David jer...tapi bagi aku Alex Van Halen pun sangat bagus...cekidot drum solo dia dalam lagu "Light Up the Sky"...best!

REKOMENDED JUGAK!

Friday, November 25, 2011

dah tiga

masuk penghujung bulan november ni bermakna 3 tahun dah aku berteromber...aku pun tak sure berapa lama lagi blog ni akan bertahan...banyak jugak blog2 yang dulunya menjadi inspirasi aku untuk berblog dah tak aktif pun...tak meriah dah...

masa dan bahan untuk berblog bukanlah masalah bagi aku...kalau nak buat entri rebiu satu hari satu cd pun rasanya aku ada cukup bahan untuk lebih setahun...tu lum campur pasal movie2 HD lagi....pasal masa pun aku takder masalah sebenonya...aku memang banyak masa free kat opis...bukan pasal aku mengulor ker apa...tapi disebabkan berkesannya sistem pengurusan deligate kerja aku (cewah)...akhirnya aku sendiri yang takder kerja...heheh...takkan aku nak sapu sampah dan mop lantai pulak kan...nanti vietnam cleaner tu nak buat apa...hahaha...

tapi yang jadi masaalah bagu aku adalah kemalasan...iyer aku memang malas betul nak menaip...kan bagus kalau aku hanya perlu bercakap dan ada orang lain yang tolong menaip...nak kena upah PA untuk berblog pulak nampak gayanya...huhuhu...

Apa2 pun...selagi aku ada umur...sihat walafiat...tak dilanda virus kemalasan yang melampau...mungkin berterembor ni akan terus ujud...terimakasih kepada anda semua...memang aku tak sangka dalam tempoh 3 tahun ni boleh cecah page view sampai 48K....memandangkan aku bukan lah sapa2...dan ni bukanlah blog jiwang & masak memasak....


dah TIGA!!!!!




thanks beb!!!...korang memang rock!!



.

Wednesday, November 23, 2011

Lovedrive

syiok pula cerita pasal album2 70an...sambung lagi la...




SCORPIONS - LOVEDRIVE (1979)

macam aku cakap dulu...selain Deep Purple...Scorpions adalah pengaruh besar zaman aku budak2 dulu dan lagu2 dari Lovedrive lah antara yang terawal yang aku tau dari Scorpions...banyak sentimental valuenya album ni pada aku...takkan korang tak pernah dengar "Always Somewhere" ataupun "Holiday"?...

Masa mula2 belajo pegang gitar kapok dulu...jari kejung...baru tau pegang 2,3 kod tu pun terkial2...ini lah antara lagu2 terawal yang aku belajo...dan rasanya inilah lirik lagu omputeh yang terawal aku hafal...walaupun tak berapa paham bunyi butirnya...iyerla tu jam...mana ada lirik...fwd rwd fwd rwd radio kaset tu dan main bantai jer salin liriknya...janji bunyi2nya dekat2 kira alrite la tu kan...zaman sekolah rendah...bukannya pandai omputeh pun...

maklum la budak felda macam aku yang mak bapaknya cuma tau yes no alrite jer...mana nak jumpa paper The Star ataupun buku Enid Blyton kat rumah...pelajaran omputeh aku memang banyak dari lagu2 rock omputeh...sebelah kanan pegang lirik sebelah kiri pegang kamus...sapa kata rock ni bagi kesan negatif ajer kan...

Satu lagi ingatan aku pasal Lovedrive ni adalah Michael Schenker...tu jam aku blur berapa ramai yang main gitar untuk Scorpions ni...yang aku tau Michael Schenker tu UFO...tu la zaman2 tak boleh google time nak cari info...zaman2 aku kat sekolah menengah baru kenal Uli Jon Roth,Matthias Jabs dan Michael Schenker ni sapa...


album2 70an memang banyak gambo kavernya agak kontroversi...ni aku dah self-censored...heheh...tapi ok jek masuk Malaysia...ni aku beli kat Tower Records KL Plaza...



Ok tu cerita kenangan aku dan Lovedrive...tapi kalau nak review pasal albumnya boleh la dikatakan sebagai ianya titik permulaan berubahnya muzik Scorpions...dari era 70an Uli Jon Roth kepada era 80an Mathias Jabs....dua2nya ada keistimewaan memasing...

Aku tak nak banding dengan album2 era Uli...tu semua tahap legend...tapi zaman tu aku kecik sangat...tapi zaman Matthias Jabs ni memang zaman aku...susah kalau nak suh aku pilih mana satu yang best..Lovedrive, Animal Magnetism, Blackout, Love at First Sting dan Savage Amusement semua ada ceritanya yang tersendiri...semua pun best...

Satu yang aku sukanya Lovedrive ni pasal boleh dengo Michael Schenker menyolo dalam 3 lagu "Another Piece Of Meat", "Lovedrive" dan instrumental "Coast to Coast"...ini adalah lagu instrumental fav aku zaman budak selain dari "Transylvania - Iron Maiden"...ni zaman budak2 dulu...dengar sambil pegang raket badminton berangan jadi gitar...heheh...lagu2 ni membuktikan kenapa Michael Schenker juga adalah idola gitar aku...tak kisah zaman UFO...MSG...semua aku suka...sayang dia tak rekod ngan Ratt kan...

Album ni semua lagu pun best... Loving You Sunday Morning, Another Piece Of Meat, Lovedrive...cumanya aku dulu dengar sepenuhnya album ni masa zaman album "Blackout"...time tu aku baru discover satu lagi lagu yang sampai sekarang jadi salah satu fav aku...lagu yang ala2 reggae "Is There Anybody There?"...syok solo Matthias kat lagu ni...sama sedap macam solo dia kat "Always Somewhere"...

Tak kisah la ko suka sapa...Uli ker Michael ker atau Matthias...satu lagi cd yang aku rekomended!!

Monday, November 21, 2011

Force It

Lagi pasal album rock 70an kegemaran aku...kali ini sekali lagi ke tahun 1975.



UFO - Force It (1975)

Zaman aku kanak2 semasa sekolah rendah...di penghujung 70an awal 80an...imej Michael Schenker dengan gitar Flying V memang sesuatu yang aku terbayang2...terasa betapa "cool"nya kalau aku dapat beraksi macam tu...biasanya raket badminton lah yang menjadi mangsanya...walaupun ketika tu aku tak paham sangat rock tu apa sebenonya...

Seingat aku..kat kampung aku...sebelum era Malmsteen...cuma ada 2 nama jer yang mat2 rock sebut kalau pasal gitar...Ritche Blackmore dan Michael Schenker (kalau melayu Rosli Mohalim la...) ni 2 nama memang pengaruh besar kat budak2 melayu zaman tu...pasal tu band2 dorang Deep Purple, Rainbow, Scorpions dan UFO memang sentiasa disebut2 pada zaman tu...dan dari situ lah aku mula mengenali UFO..

Doctor Doctor adalah lagu yang mengenalkan aku kepada UFO...tapi album Force It lah yang buat aku mula2 minat UFO...terus terang aku tak pernah memiliki apa2 rilisan ori UFO sebelum aku membeli cd ni...aku cuma tau lagu2 UFO melalui kaset2 dubbing sahaja...malah aku lebih familiar dengan Michael Schenker era MSG berbanding UFO...maklum la zaman aku betul2 giler rock...UFO dah bukan dengan Michael Schenker lagi pun...tapi semuanya berubah pada penghujung 80an bila aku bertemu dengan seorang rakan yang die hard UFO...start dari situ aku mula dengar UFO secara betul...dan dari situ lah aku menjadi peminat UFO...



Force It adalah album ke 2 Michael Schenker bersama UFO...aku rasa line-up bersama Michael Schenker ni lah yang paling best...paling klasik...dari Phenomenon (1974) hinggalah Strangers in the Night (1979) semua pun best...dan Force It adalah antara yang paling best dari era tu...kalau tak...takkan dari 15 lagu album live Strangers in the Night... ada 5 lagu ("Shoot Shoot", "Mother Mary", "This Kids", "Let It Roll", and "Out In The Street") dorang ambik dari album ni..

Album ni memang best dari mula sampai abis...Kombinasi Schenker/Mogg memang banyak menghasilkan karya2 klasik UFO tak kira dari segi lagu..lirik hinggalah suara unik Mogg ataupun shredder Schenker...Highlight album ni pada aku dah tentu2 lah kerja gitar Michael Schenker...cuba dengar lagu2 seperti "let it roll", "shoot shoot", "Mother Mary","this kids'"...pergh!!!...meleleh...tu lum dengo solo dia dalam lagu slow "high flyer" dan "Out in the streets"....terbayang2 flying V melayang2 di udara...memang dasat!!!


ini adalah kaver sebeno Force It...sajer aku gunakan kaver belah dalam album yg dah di censored kat atas tu supaya tak menggangu perasaan pembaca blog berlabel "U" aku ni...album tahun2 70an memang banyak gambo kaver yang kontroversi



btw...aku dulu main bass...selain Steve Harris,Clif Burton dan Rudy Sarzo...idola bassist aku adalah Pete Way...tu pasal aku follow dia sampai Waysted...cekidot lagu "Dance your life away"...lemak berkrim sound bass dia...

Try dengar album ni...konpem korang tak menyesal...dan jangan kata aku tak bagi amaran...korang mungkin akan menjadi ketagih untuk mendengar UFO lagi dan lagi...

REKOMENDED!

Friday, November 18, 2011

Alhamdulillah 2

2 tahun yang lalu aku ada buat entri yang sama (SINI)...so aku cut n paste ajer la...

Merujuk kepada entry UPSR anak aku yang lalu ( macam bahasa buku pulak :P )..anak aku dah pun dapat result UPSRnya...

keputusannya adalah seperti berikut...



Alhamdulillah...syukur...azab dia dah lepas...ni tinggal azab makbapak dia pulak nak kena bagi hadiah...heheh



.

Thursday, November 17, 2011

@ Kukup

Ini adalah trip jalan2 tak cari makan aku masa cuti raya haji yang lepas...kebetulan melawat rumah Pak Uda aku di Pontian...sempat lah jugak menyinggah di pekan Kukup...

Buat yang tak tau dan malas nak mengoogle...Kukup adalah sebuah pekan kecil lebih kurang 20km dari bandar Pontian...ianya terletak di tepi laut...tapi tak bermakna Kukup adalah tempat untuk bermandi manda...sini takder pantai untuk mandi manda...biasanya ia lebih sinonim dengan tempat makan...seafood sudah semestinya...

Disebabkan trip aku ni bukan untuk makan...(Pak Uda aku dah bagi makan cukup2 kat rumah dia)...ini lah trip jalan2 cuci mata...so layan gambo ajer la...


Ini dalah pekan Kukup...kira pekan koboi la...yang aku tak suka pegi sini adalah bab parkingnya...jauh kena menapak...berpeluh ketiak kalau sampai waktu tengahari...kecuali kalau nasib baik dapat parking illegal kiri kanan jalan...tapi leceh la pulak time nak balik nak kena u-turn...sempit...


Pekannya hanya terdiri dari deretan kedai2 di kiri dan kanan jalan...adalah dalam 50-100 meter kot...kebanyakannya adalah kedai makan (seafood) dan kedai Souvenir (barangan angry bird sudah semestinya...heheh...)


Selain seafood...Kukup jugak terkenal sebagai terminal feri untuk ke Tanjung Balai, Pulau Karimun Indonesia...aku diberitau tiketnya hanya RM100 untuk pergi dan balik...perjalanan pula mengambil masa selama 1 jam....oleh kerana ini adalah trip jalan2 cuci mata...tak bawak pasport pun...mungkin lain kali la kot...


Selain dari perkhidmatan feri ke Tanjung Balai...kat sini jugak boleh naik bot untuk ke Taman Negara Pulau Kukup...tiket RM5 jer pergi dan balik...alaa...bukannya jauh pun...takat sepelaung ajer...


Bot ni aku tak tau dia ada ikut masa bertolak ker tak...aku tengok naik 2,3 orang jer pun dia jalan...mungkin pasal perjalanannya dekat kot...sepelaung la katakan..


sekali lagi cakap...ini hanyalah trip untuk mencuci mata...so tak naik bot pun...lain kali mungkin..


Peace Yo!!!

Tuesday, November 15, 2011

The Running Man

Lagi review movie yang aku nengok kat Astro Beyond...(Jairo...ni memang nak riak HDwi...hahaha)



The Running Man (1987)

Seperti yang aku cakap dulu...Novel2 Stephen King tak pernah mengecewakan aku...The Running Man adalah sebuah lagi naskah beliau yang di angkat ke layar perak...ketika novel ini diterbitkan (1982)...tak ujud lagi perkataan reality tv...sungguh uptodate pemikiran Stephen King untuk menghasilkan kisah pasal reality tv masa itu...

Aku pernah tengok filem ni masa penghujung 80an dulu...zaman tu aku rasa ok jer..zaman budak2..janji ada action best ajer...tapi bila menonton semula 20++ tahun kemudian...aku rasa macam lawak pulak....lawak bukan pasal jalan ceritanya...tapi cara ianya di visualkan...maklum la mungkin imaginasi pengarah (Paul Michael Glaser - budak2 membesar di tahun 70an kenal dia sebagai David Starsky dalam drama penyiasatan Starsky and Hutch) nak mengambarkan situasi tahun 2019 pada tahun 1987 mungkin agak payah...berbanding kita sekarang yang cuma 8 tahun je nak sampai ke situ...

Mungkin kalau cerita ini di buat semula (remake)dengan teknologi CGI sekarang...bertambah2 menarik jadinya...cuma tolonglah jangan ambik pelakon seperti Arnold Susah-nak-eja ni...kayu sungguh...heheh...dia cuma sesuai ngan watak robot macam Terminator ajer...tu pasal agaknya dia pun dah pencen dari berlakon...apa2 pun trademark "I'll be back" dia tetap ada...

Cerita ni menarik...sayangnya kalau di buat betul2 seperti kat novel tanpa pengubahsuaian ketara adalah lebih menarik...