Sunday, October 13, 2013

Edge of a Broken Heart



It is with profound sadness that we announce the sudden passing of Vixen founder and lead guitarist, Jan Kuehnemund, who lost a fierce battle with cancer on Thursday, October 10, 2013. Though most well known for her gifted guitar playing and other musical talents, Jan was a rare friend and beautiful in every sense of the word. Humble, thoughtful, loyal and kind, she was the most gracious of women, possessing the quiet strength of a true warrior. She genuinely loved and appreciated her friends and fans more than most could ever know. Those who were most fortunate to have known her and loved her are heartbroken at the loss of Jan, whose spirit will shine through her music eternally.


Membesar di zaman 80an, dizaman apa yang  dipanggil sebagai hair metal atau glam metal, siapa lah yang tak jatuh hati dengan petikan gitar dan wajah manis Jan Kuehnemund. Satu-satunya nama gitarist wanita yang aku boleh ingat dan sentiasa akan ingat dari zaman tersebut dah tentu-tentunya adalah beliau. (okey...mungkin seorang lagi Jan...Jannifer Batten)

Menariknya rockers wanita pada zaman tersebut seperti Jan dan Vixen. Mereka ni bukanlah jenis yang menjual body dan rupa. Takdernya mereka nak pakai baju baju seksi macam artis-artis wanita zaman sekarang. Mereka adalah real rocker dan sememangnya sangat berbakat.


Thank you for the music Jan....RIP




Janice Lynn "Jan" Kuehnemund (November 18, 1961 – October 10, 2013)



Friday, October 11, 2013

Power & the Glory

Sempena 30 tahun...



Saxon - Power & the Glory (1983)

"Don't judge a book by its cover". Mungkin peribahasa orang putih ini sesuai untuk mengambarkan album ini. Kavernya memang tak cantik. Tapi isinya cantik.

1983 adalah penghujung kepada era gemilang New Wave Of British Heavy Metal. Pada ketika itu boleh dikatakan semua nama-nama besar dalam pergerakan NWOBHM cuba untuk menembusi pasaran USA. Saxon tidak terkecuali. Selepas 3 album klasik mereka, Wheels of Steel, Strong Arm of the Law dan Denim and Leather, mereka hadir dengan Power & the Glory. Sebuah album yang lebih komersial dengan sound yang lebih bersih. Mungkin ianya ditujukan untuk pasaran USA.

Malangnya nasib tidak menyebelahi mereka. Entah mana silapnya mereka gagal di USA. Mungkin mereka tak cukup pop macam Def Leppard ataupun tak cukup heavy macam Iron Maiden. Atau mungkin sahaja seperti apa yang Biff Byford cakap dalam bukunya "Never Surrender (or Nearly Good Looking)" yang mereka ini tak cukup hensem untuk jadi popular.

Walaupun ada yang cakap album ini komersial, tetapi pada saya ianya masih heavy metal. Malah soundnya lebih kepada melodic heavy metal berbanding album-album sebelumnya yang ke arah hard rock. Ada bayangan Iron Maiden di sini terutamanya pada lagu 'Warrior'. Mungkin ini jawapan Saxon kepada lagu "Invaders".



Tetapi lagu kegemaran saya adalah lagu yang menjadi title track "Power and the Glory". Sememangnya ini adalah antara lagu mereka yang paling laju dan paling berat. Memang terhanguk-hanguk kepala bila mendengarnya. Sedap! Lagu lain yang menjadi pilihan adalah "This Town Rocks". Sebuah lagu yang rasanya paling sesuai untuk dibawakan secara live. Manakala "The Eagle Has Landed" adalah satu percubaan mereka untuk menjadi lebih progresif. Satu yang pasti Saxon sentiasa menghasilkan lagu-lagu yang mempunyai chorus yang catchy. Memang sedap!

Walau apa pun, saya cukup tabik dengan mereka. Ini adalah salah satu contoh band yang sentiasa berkerja keras tanpa putus asa. Selayaknya mereka berdiri sama tinggi dengan Iron Maiden ataupun Judas Priest. Tapi apakan daya...

Respek!





Wednesday, October 9, 2013

Bark at the Moon

Sempena 30 tahun...


Ozzy Osbourne - Bark at the Moon (1983)

Kali pertama terbaca nama Ozzy Osbourne adalah pada lagu "So Tired" dalam satu kaset kompilasi lagu-lagu pop yang abang saya beli kalau tak silap pada tahun 1984 atau 1985. Di letakkan bersama-sama lagu-lagu seperti seperti "No More Lonely Nights - Paul McCartney", "Infatuation - Rod Stewart","Desert Moon - Dennis DeYoung" dan lain-lain yang membuatkan saya beranggapan Ozzy Osbourne itu adalah penyanyi pop. Tambahan pula lagu "So Tired" tu jenis meleweh yang tak rock langsung.

Setahun selepas itu, ketika saya mula kemaruk dengan muzik rock baru lah kenal siapa dia Ozzy Osbourne. Masa tu barulah tahu yang "So Tired" tu lagu rocknya rupa-rupanya. Padanlah solo gitarnya bagus. Saya ingatkan itu solo Randy Rhoads. Maklumlah zaman susah nak dapat info. Saya terjebak mendengar Ozzy pun kerana Randy Rhoads. Walaupun begitu, zaman saya mula menjadi mat rock adalah zaman Jake E. Lee. Maka sudah semestinya beliau juga termasuk di dalam senarai gitar hero saya.


Bark At The Moon adalah percubaan Ozzy untuk kembali selepas kematian Randy. Mengambil Jake E. Lee yang pada ketika itu langsung tidak dikenali adalah satu keputusan yang tepat. Walaupun memang susah lah nak lawan Randy Rhoads. Cara permainannya pun tak sama. Tapi beliau juga bukan setakat seorang gitaris yang bagus tetapi juga seorang pencipta lagu yang baik. Ada rumours yang mengatakan lagu-lagu dari BATM adalah ciptaan mereka bertiga bersama Bob Daisley walaupun kredit hanya diberikan kepada Ozzy seorang. Mungkin juga mereka telah dibayar untuk tidak menuntut kredit tersebut. Ternyata Jake E. Lee berjaya meneruskan karier gemilang Ozzy.

Walaupun sebenarnya album kegemaran saya di zaman Jake E. Lee adalah The Ultimate Sin (1986) tetapi BATM juga sangat bagus. Mungkin yang lebihnya The Ultimate Sin adalah kerana nilai sentimentalnya. Mendengar album tersebut sewaktu ianya diriliskan.


Lagu-lagu seperti "Bark at the Moon", "You're No Different", "Now You See It (Now You Don't)"  dan "So Tired" adalah antara lagu wajib Ozzy. Tetapi entah kenapa saya cukup suka dengan melodi "Centre of Eternity". Sedap!

Satu yang saya rasa kurang hanyalah kerana bunyi keyboard yang terlalu mendominasi. Lain takder nak komplen. Solo-solo Jake E. Lee memang ada kelasnya tersendiri. Saya tak rasa Zakk Wylde mempunyai feel sebagus beliau. Namakan saya satu solo feeling abis Zakk yang boleh lawan solo Jake dalam "So Tired". Ada?...entahlah mungkin saya tak tahu kerana saya tak follow pun Ozzy selepas zaman Jake.

Randy > Jake > Zakk  period!


*tak suka betul cd remastered version ni pasal gambar kavernya kecik sangat





Monday, October 7, 2013

Ramli Sarip Alive

Merujuk kepada entri "Ramli Sarip - Live 2000" dari blog Apa Ada Dengan Ijau, aku pun gatal tangan nak post cerita pasal ni..


Ini adalah rupa kaset asal Ramli Sarip Alive yang diriliskan semula dalam bentuk cd dengan nama baru "Ramli Sarip - Live 2000" seperti dalam entri Ijau. Tak pasti adakah versi ini turut ada dalam bentuk cd.



Sedikit pembetulan untuk Ijau, kaset ini adalah terbitan tahun 1998 bukannya 1999. Tak pasti pula kenapa rilisan yang baru mengunakan tahun 2000 sebagai tajuknya. Ia sememangnya keluaran BMG. Tracklistnya sama walaupun aturan susunan lagunya ada sedikit perbezaan.


Tak pasti adakah gambar inlay di kaset ini sama seperti gambar inlay cd rilisan baru. Aku tak ada cd tu. Harap En Portdy boleh tolong belikan...heheh...Maklum lah kat JB ni memang hampeh kalau nak cari cd macam ni.


Lagi gambar-gambar yang ada di inlay kaset berserta nukilan penerbit eksekutifnya Bob Lokman. Sebenarnya agak lama dah aku tak dengar lagu-lagu dari kaset ini semenjak aku dah tak ada kaset player. Tapi lagu pilihan dah semestinya "Blues Felda Blues". Sebagai anak peneroka Felda, lirik tulisan Bob Lokman tu memang terkesan sungguh.

Senang cakap, ini adalah album live melayu yang paling best dan paling aku suka. Kredit untuk arwah Samad Lefthanded, Wan Ahmad Sweet Charity, Hamid Black Dog Bone, Tom Revolvers, Yazit Search. dan sudah semestinya penyanyi dan penerbit album, the legendary Ramli Sarip.

Rekomended!




Friday, October 4, 2013

Metal Works '73–'93

Album kompilasi pilihan untuk 20 tahun yang lalu.


Judas Priest - Metal Works '73–'93 (1993)

Before The Dawn adalah lagu Judas Priest pertama saya. Priest...Live! adalah kaset pertama walaupun ianya sekadar versi Apache. Manakala Hell Bent for Leather adalah cd pertama saya. Tetapi Metal Works 73-93 adalah album yang akan dicadangkan jika anda baru pertama kali hendak berjinak-jinak mendengar Judas Priest.

Cd ini dibeli di Salem Power Station, Ampang Point pada penghujung tahun 90an dulu (dah lama bungkus dah kedai ni) yang juga pada ketika itu ada menjual hampir kesemua discography mereka. Apa yang saya ingat ketika kali pertama singgah, beli cd Hell Bent for Leather pasal ada lagu Before The Dawn. Kali ke kedua beli cd Priest...Live! demi memori zaman kaset apache. Kali ketiga singgah tak tahu yang mana hendak dibeli. Itu yang akhirnya membeli cd kompilasi ini dengan harapan semua lagu-lagu mereka yang best ada di dalamnya.



Tidak dinafikan memang semua lagu best. Album 2 disc ini mengandungi 32 buah lagu yang bolehlah dikatakan antara lagu-lagu terpenting dalam karier mereka. Kira hampir lengkap untuk semua album walaupun ianya tidak mengandungi lagu-lagu dari 2 album terawal, Rocka Rolla (1974) dan Sad Wings of Destiny (1976) kerana berlainan syarikat rakaman. Cuma lagu "Victim of Changes" sahaja dari zaman tersebut. Itu pun versi live.

Cumanya saya kurang berpuashati kerana tiadanya lagu "The Sentinel". Antara lagu kegemaran saya. Tiada juga lagu-lagu seperti  "Diamonds & Rust", "Green Manalishi", "Take On The World", "Some Heads Are Gonna Roll" dan "Out In The Cold". Tapi tak kisah lah, lagu-lagu best yang lain semuanya ada. Seleksi lagu dipilih sendiri oleh mereka. Sayangnya booklet cd ini tidak banyak gambar tetapi yang paling menariknya setiap lagu-lagunya ada catatan komen dari mereka.

Senang cerita, kalau anda dah khatam kesemua lagu-lagu dari kompilasi ini, memang senang lah anda nak kelentong kononnya anda tau segalanya pasal Judas Priest...heheh...



Thursday, October 3, 2013

Hints Allegations and Things Left Unsaid

Rock yang dah 20 tahun...



Collective Soul - Hints, Allegations and Things Left Unsaid (1993)

Sama seperti Candlebox, imej rambut panjang dan solo gitar menjadi punca utama saya mula terjebak dengan Collective Soul. Video Klip "Shine" yang dulunya agak sering juga diputarkan di rancangan MTV di Channel 5 TV Singapura membuatkan saya membeli kaset ini akhirnya.

1994 adalah zaman-zaman sedang mencari cinta (hahaha...) makanya lagu feeling macam "Shine" ni memang senang betul nak melekat. Bolehlah dikatakan lagu ini menjadi salah satu  trademark untuk genre alternative 90an. Mereka kepada saya bukan grunge atau modern rock. Tetapi lebih kepada band yang memperjuangkan klasik rock di zaman 90an.

Ni cd alternate cover, gambar ni sebenarnya untuk single "Shine". Lebih suka cover kartun macam kat kaset tu. Tapi dapat cd ni dengan harga RM13++ kira alrite ajer lah

Kekurangan album ini pada saya dari segi soundnya. Agak tenggelam dan perlahan. Rupa-rupanya baru tahu yang "Hints Allegations and Things Left Unsaid" ini asalnya hanyalah sebuah demo. Syarikat rakaman meriliskan album ini tanpa apa-apa touch-up. Sebab itu Collective Soul sendiri mengangap ini bukanlah album pertama mereka, cuma sekadar demo. Album pertama bagi mereka adalah album yang berikutnya. Walaupun begitu sound raw macam ini memang sedap. Tak kisah lah kalau terpaksa menguatkan volume kerana soundnya seolah-oleh seperti mendengar live dari dalam studio. Benda seperti ini hanya akan dinikmati jika anda mendengar melalui sistem hi-fi bukan speaker PC....hehehe...


Band yang mepunyai gitarist dengan solo-solo yang bagus memang mudah untuk saya berkenan. Ed Roland bukan sekadar mempunyai vokal yang bagus. Tetapi bakatnya mencipta kesemua lagu di samping menerbitkan album ini memang patut dipuji. Lagu-lagu melodic yang tak berapa nak meleweh sangat. Selain "Shine", lagu seperti  "Wasting Time","Sister Don't Cry", "Heaven's Already Here" dan "Breathe" adalah antara yang suya suka.

Best!




Wednesday, October 2, 2013

Bloody Kisses

Gothic metal yang dah 20 tahun.


Type O Negative - Bloody Kisses (1993)

Seperti Icon - Paradise Lost, saya selalu terbaca review-review yang bagus untuk Bloody Kisses. Disebabkan agak sukar untuk saya menghayati lagu-lagu bergenre gothic atau doom metal yang perlahan temponya. Saya mengabainya sehinggalah saya mendengar Sentenced - Cold White Light. Rasanya itulah album gothic metal pertama yang saya minat. Dikatakan Bloody Kisses di dalam kategori yang sama maka saya mengambil keputusan untuk membeli cdnya.

Kalau Paradise Lost mempunyai sound metal yang berat berserta solo-solo yang melodic. Type O Negative pula sedikit ringan soundnya. Muziknya gelap, dalam dan banyak juga pengunaan keyboard dan synthesizer untuk menambahkan kesuramannya. Ada juga sesetengah lagu yang berbunyi metal, hardcore malah industrial. Senangnya pada saya mereka sebuah band rojak tapi berteraskan gothic dan doom. Lagu-lagunya agak panjang dan berubah-ubah melodinya. Bahagian yang uptempo boleh tahan sedapnya.



Pengaruh Black Sabbath memang banyak dapat dikesan tetapi untuk lagu "Black No.1" tu entah kenapa ada satu bahagian tu betul-betul mengingatkan saya kepada Pearl Jam. Mungkin juda ada pengaruh grunge yang tengah popular ketika itu. Dan ada masanya mengingatkan saya pula kepada Danzig.

Lagu pilihan untuk saya adalah "We Hate Everyone". Lagu rancak tapi bahagian perlahan di tengahnya sedikit menganggu mood. Lagu-lagu popular dari album ini seperti "Christian Woman", "Black No.1" dan "Summer Breeze" memang agak sukar untuk saya hayati. Memang boleh buat mengantuk.

Berkemungkinan besar ini lah album pertama dan terakhir Type O Negative untuk saya. Memang susah nak hadam.