Monday, May 4, 2009

Heading For Tomorrow

Sekali lagi menyelongkar gerobok....kali ini...dari kaset ke cd...Gamma Ray - Heading For Tomorrow.



Seperti yang aku cakap dalam entry yang lalu...aku memang minat Kai Hansen...so bila Kai Hansen keluar dari Helloween dan buat band baru...aku tak banyak soal...tahun 1990...menyalahgunakan duit biasiswa/pinjaman YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) aku terus beli kaset ni...hehe..

Pada yang tak tau...Gamma Ray adalah sebuah band berkonsepkan power metal dari Germany yang ditubuhkan oleh Kai Hansen (ex gitaris Helloween) menampilkan Ralf Scheepers sebagai vocalist...Ralf ni sebenarnya adalah pilihan asal Kai untuk vocalist Helloween...tetapi disebabkan Ralf tidak mau berpindah dari kampung halamannya...beliau menolak untuk join Helloween dan akhirnya Michael Kiske diambil sebagai vocalist Helloween...and the rest is...lu cari la sendiri kat wikipedia...malas gua nak taip..hehe...



Sebelum bercerita pasal kaset/cd ni...pada aku la...aku lebih suka suara Michael Kiske...suara Ralf ni nyaring sangat...tinggi memang la tinggi...dah macam Rob Halford dah kekadang tu...tapi tu la..aku kureng skit la...mungkin aku dah terbiasa dengar Michael Kiske kot..

Pada aku la...Heading For Tomorrow ni adalah Keeper Of The Seven Keys Part 3...memang macam Helloween...dengan intro di permulaan...trademark satu lagu yang panjang berbelas minit...melodicnya...solo2 gitarnya..setting dia sama ajer...dengar ceritanya pun ada antara lagu2 dalam Heading For Tomorrow ni stock lama Kai masa dalam Helloween...tu yang jadi camgitu agaknya...



Antara lagu yang paling aku suka ialah Lust For Life...lagu ni ada skit bunyi era Walls Of Jericho...rasanya stock lama Kai agaknya ni...tapi aku suka..laju dan heavy...Satu lagi Heaven Can Wait...konon2nya ala I Want Out la ni...memang sedap dan catchy..tapi ntahla...setiap kali part chorus tu mesti aku teringat lagu Iron Maiden yang sama tajuk...telinga dan perasaan aku aje agaknya...

Sama macam Keeper 2...Heading For Tomorrow pun ada lagu2 lawak...Space Eater,Money dan Free Time...tapi yang paling aku suka Money dan Free Time la...ntah kenapa aku teringat Queen pulak bila dengar lagu Money ni...mungkin susunan lagunya ala2 broadway kot...Free Time pulak satu2 lagu yang Ralf cipta dalam album ni...memang rasa kelainan lagu ni dari lagu2 lain ...lagu ni Ralf tunjuk terer ala2 Rob halford...

The Silence pulak adalah salah satu lagu2 power ballad favourite aku...layan ahh lagu ni...sementara lagu tajuk album Heading For Tomorrow yang panjangnya 13 minit lebih tu macam yang boleh dijangkakan la kat dalam lagu2 panjang Helloween...


cd ada lagu bonus cover Uriah Heep "Look At Yourself" tapi aku tak puas hati cd aku ni...walaupun ditulis made in US dan under licence...tapi macam pirate je pasal inlay dia apa pun takder...lirik pun takder...hampeh..

Kesimpulannya...album ni memang sebijik album Helloween zaman Kai Hansen...pada masa tu (awal 90an)...kira album ni jadi alternatif penawar rindu la pada peminat2 Helloween kerana zaman tu Helloween dah jadi pop rock dengan Pink Bubbles Go Ape dan Chammelionnya...tapi kalau pada aku la...kalau nak Gamma Ray yang paling best...dengar la album Somewhre Out In Space...tapi ini aku takder cdnya...hanya kaset...nak kena cari ni ...

ok la...ni Heaven Can Wait versi live kat tokyo tahun 1990...layannn...

13 comments:

  1. morning bro...

    ujan lebat siot pagi ni kat JB, sejuk!!!

    gamma ray adalah satu jawapan bagi penggemar2 berat helloween utk merasakan nikmat sequel 'keeper of the 7 keys'.

    tapi ex-gua dulu adalah pencinta helloween masa album chameleon beb, gempak siot...!!

    gua kutuk dia cover album buruk mcm budak tadika dpt water color...
    takde unsur rock langsung.
    hahaha... tapi favorite gua dan si dia adalah lagu dari chameleon ialah 'first time' dan 'when the sinner'...

    gamma ray... gua pinjam kaset org je dulu, belinya tidak... huhuhu!

    ReplyDelete
  2. alalala...
    sume lagu yg Vee tak pernah dgr and tahu... hihihi

    ReplyDelete
  3. Ralph Scheepers? Tolonglah... suara macam kena cubit bontot! I hate!

    ReplyDelete
  4. tahun lepas ada seorang sahabat telah menghadiahkan 1 set cd mp3 album2 koleksi Helloween dan Gamma Ray. Tapi sebab hanya tahu/minat Helloween jek jadi langsung tak dengar set yang Gamma ray punya.

    Entry ni telah menaikkan nafsu serakah untuk cari balik cd tu nak dengar balik material Gamma Ray ..

    mana tahu boleh sain darah jadik Gamma Ray punya fan pulak?

    P/S: Wa cuma tahu Gamma - Bahang Asmara jek huhuhu

    ReplyDelete
  5. Eddie..
    sejuk pagi ni...rasa cam nak sambung cuti je tadi..

    Chameleon wa layan Windmill jer..syahdu tu..hehe

    Vee..
    x per...sekarang dah tau..:P

    Abang Ben..
    tu la pasal...kalau kat rancangan OIAM ni mau dah Syafinaz sound awak ni bukan nyanyi tapi menjerit...haha..

    Portdy..
    Bahang Asmara memang power metal sungguh tu...hahaha...

    ReplyDelete
  6. wa sangat2 layan lagu the silence tuuu .. lagu2 lain dalam album ni sama je macam helloween bro, so wa kurang sket la layan ...

    ReplyDelete
  7. gua suka lagu Rich and Famous, album yg lg satu tu.
    thanx for ur info pasal EMI n WEA tu.

    ReplyDelete
  8. Antara album gamma ray yang aku suka ni....

    ReplyDelete
  9. gua belom rok lagi sebab gua tak pernah layan ini band :( nnt gua gi carik

    ReplyDelete
  10. apsal ko post pasal ni lambat pasal berapa bulan lepas kot, aku ada nampak LP ni ( yang lp jaket colour putih ), harga lapan ketul je. Kalo tak aku dah belikan dan pass kat ko kasi cukup satu set ngan kaset smua.

    ReplyDelete
  11. 1990, sorang kawan kampung bagi tau.." gayour, kalo ekau nak donga goreng gitar ( lagu heading.. ) panjang menjela cam helloween, ekau donga la band gamma ray", tegas beliau pada gua.
    harharhar!
    itu semua kenangan indah 28 tahun yang lalu.

    "skeletons in the closet" merupakan live album feveret gua.

    ReplyDelete
  12. sayang sekali aku hanya memiliki versi tape sahaja...rase cemburu?..ade gak...suara Ralf? sedap ape..

    terutama pada lagu

    The Silence & Lust for Life..ah..semua sedap la!!!...

    ReplyDelete
  13. mrfarid..

    gua try nak komen kat blog lu tp tak boleh...so gua taip kat sini jer la...

    seasons in abyss gua ada...tapi wa nampak kat header lu ada savatage...yg tu nak tukar/beli tak?...hehe

    ReplyDelete