Tuesday, November 15, 2011

The Running Man

Lagi review movie yang aku nengok kat Astro Beyond...(Jairo...ni memang nak riak HDwi...hahaha)



The Running Man (1987)

Seperti yang aku cakap dulu...Novel2 Stephen King tak pernah mengecewakan aku...The Running Man adalah sebuah lagi naskah beliau yang di angkat ke layar perak...ketika novel ini diterbitkan (1982)...tak ujud lagi perkataan reality tv...sungguh uptodate pemikiran Stephen King untuk menghasilkan kisah pasal reality tv masa itu...

Aku pernah tengok filem ni masa penghujung 80an dulu...zaman tu aku rasa ok jer..zaman budak2..janji ada action best ajer...tapi bila menonton semula 20++ tahun kemudian...aku rasa macam lawak pulak....lawak bukan pasal jalan ceritanya...tapi cara ianya di visualkan...maklum la mungkin imaginasi pengarah (Paul Michael Glaser - budak2 membesar di tahun 70an kenal dia sebagai David Starsky dalam drama penyiasatan Starsky and Hutch) nak mengambarkan situasi tahun 2019 pada tahun 1987 mungkin agak payah...berbanding kita sekarang yang cuma 8 tahun je nak sampai ke situ...

Mungkin kalau cerita ini di buat semula (remake)dengan teknologi CGI sekarang...bertambah2 menarik jadinya...cuma tolonglah jangan ambik pelakon seperti Arnold Susah-nak-eja ni...kayu sungguh...heheh...dia cuma sesuai ngan watak robot macam Terminator ajer...tu pasal agaknya dia pun dah pencen dari berlakon...apa2 pun trademark "I'll be back" dia tetap ada...

Cerita ni menarik...sayangnya kalau di buat betul2 seperti kat novel tanpa pengubahsuaian ketara adalah lebih menarik...

5 comments:

  1. dlm filem ni costume jesse ventura plng best, hahahaha! captain apa ntah nama wataknya?

    ReplyDelete
  2. tak ingat dah cerita ni. Nak kena tengok balik.

    ReplyDelete
  3. henci belum sempat komen dah kena sound.. i hate u

    ReplyDelete
  4. Asyik dengar preview cerita aje. Hardware dia tak nak previewke. TV berapa inci,Kabel ape. JHehehehe

    ReplyDelete
  5. shafid...aku bukan pakar AV...guna sistem home theatre pun yg murah2 jek...malu la nak cerita...hehehe..

    ReplyDelete