Friday, March 8, 2013

Acid Eaters

Bermula dari entri ini, saya akan bercerita tentang album-album yang diriliskan pada tahun yang belakangnya 3...1973,1983,1993,2003 dan mungkin juga 2013.

Khas untuk En Adi Herman

Album yang dah 20 tahun.


The Ramones - Acid Eaters (1993)

Seperti entri pasal Sex Pistols sebelum ni, saya sekali lagi ingin mengingatkan yang saya bukanlah orangnya untuk bercakap perihal muzik punk. The Ramones sama seperti Sex Pistols adalah antara nama besar yang sering saya dengar kalau bercerita pasal punk. Sayangnya satu-satunya lagu mereka yang pernah saya dengar sebelum ini hanyalah “Sheena is a Punk Rocker”.

Tetapi yang membuatkan saya teringin untuk mendengar Ramones adalah kerana lagu "Psycho Therapy". Lagu yang di kaver oleh Skid Row dalam EP mereka B-Side Ourselves. Ni dulu pernah cerita dalam entri >NI<. Disebabkan ketika itu album ini baru diriliskan, akhirnya Acid Eaters menjadi album pertama Ramones saya. Tak pasti adakah album ini sesuai untuk di jadikan pengenalan kepada muzik mereka. Kerana kesemua lagu-lagunya adalah lagu kaver.

Walaubagaimanapun saya sememangnya seronok mendengar lagu-lagu 60an yang berjaya di'ramoned'kan mereka. Majoriti lagu-lagunya memang sangat pop dan catchy. Antara yang menarik minat saya adalah kaver Jefferson Airplane, "Somebody to Love". Bukan...bukan pasal Traci Lords backing vokalnya. (ada siapa-siapa yang tak kenal makcik ni...sila google...heheh..) Tapi lagu ni memang sedap.

Bolehlah dikatakan hampir kesemua lagu-lagu ini tidak pernah saya dengar sebelum ini kecuali lagu "Have You Ever Seen the Rain?" dari Creedence Clearwater Revival. Mungkin Acid Eaters bukanlah tempat sebenar untuk mengenal muzik Ramones, tetapi bagi saya ianya menjadi pemangkin untuk saya mencari album-album mereka yang lainnya pula.





9 comments:

  1. album ni dia cover lagu orang.. kena layan album kompilasi dorang jugak _ ramones manis

    ReplyDelete
  2. Ramones ni aku kadang2 masuk utube tgk dorang main live.

    ReplyDelete
  3. tatkala member2 zmn skolah dulu layan ramones, aku masih lagi layan boyz II men, ace of base, mariah carey, kru, feminin dan apa saja lagu yg femes di radio/tv ketika itu...

    ReplyDelete
  4. all hail ramones!!! masa awal 90'an dulu (zaman muda remaja & bermasalah haha) antara album2 ramones terawal aku dgr ialah Acid Eaters dgn Adios Amigos...syg nya agak terlambat aku mengenali band ini. Apa2pun lagu2 klasik mereka seperti Blitzkrieg Bop, I Wanna Be Sedated, The KKK Took My Baby Away, Sheena Is A Punk Rocker dan mana2 album terawal memang klasik dan x jemu didengar kembali.

    ReplyDelete
  5. Band paling tak sakit otak nak dilayan!
    Tu label aku pada Ramones. Muzik yang betul2 rock n roll..tak payah nak pikir2 mesej semua...hahaha
    Ah..Ni satu band yang aku masih belum game nak kumpulkan balik semua cd2 dorang.

    Gabba-Gabba Hey!

    ReplyDelete
  6. Oo..makcik traci lords pun ada jadi backup vocal jugak eh..aku pernah dgr ramones ni yg versi Metallica nyanyi.lagu Commando dengan 5rd 3rd je.best jugak

    ReplyDelete
  7. aku dengar album ni sekitar 1994 pinjam kaset member , semuanya lagu2 cover tp 3 lagu terakhir B side agak mengecewakan....namun semasa awal 2000an aku beli semula kaset ni dekat kedai kaset Inverno , Melaka

    ReplyDelete