Friday, March 22, 2013

Kill 'Em All

Album klasik yang dah 30 tahun.


Kill 'Em All - Metallica (1983)

Boleh dikatakan majoriti peminat metal akan memilih album ini sebagai album terbaik untuk tahun 1983. Siapalah saya untuk menafikannya. Tak kisah la berapa meluat dan menyampahnya anda kepada Metallica sekarang tetapi Kill 'Em All memang hebat.

Saya bukanlah genarasi awal yang mendengar Metallica. Tahun 1983, saya masih kemaruk Duran Duran. Mula  benar-benar meminati metal menjelang tahun 1985. Tu pun metal bagi saya adalah band-band seperti Iron Maiden, Dio, Ozzy, Twisted Sister,Motley Crue, Quiet Riot dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Pertama kali mendengar Metallica (album Master Of Puppets), saya dah rasa kelainannya. Kemudian bila berpeluang mendengar Kill 'Em All, ianya membuatkan saya tergamam...takut pun ada....tapi takutnya tak sama macam pertama kali mendengar Mercyful Fate...ni memang seram...band setan ni...iyerla...tu jam saya masih budak-budak...heheh...tapi Kill 'Em All buat saya rasa takut yang mengujakan...tak sangka muzik boleh dimainkan seberat..seaggressif...selaju itu...kemudiannya saya tahu inilah yang dikatakan thrash.


Saya tak jumpa mana-mana album Metallica di"apache"kan, sebab itu saya hanya memiliki kaset album ni pada tahun 1990, masa zaman thrash tengah meletup di Malaysia. Polygram Malaysia ada meriliskan balik semua album2 Metallica dalam bentuk kaset. Sebelum tu memang harap kaset dubbing dari member ajer la.


Banyak lagu yang saya suka. "Seek And Destroy" adalah lagu pertama Metallica yang saya belajar dan berjamming. Paling tak lupa pertama kali mendengar lagu "(Anesthesia) - Pulling Teeth"...pergh...macam tak caya sound tu datang dari gitar bass. Disebabkan dulu saya main bass, otomatik Cliff Burton menjadi idola saya selain Steve Harris.


REKOMENDED!



16 comments:

  1. Saya menggemari whiplash.. Dalam majalah ape lupa plak yg kirk hammet mengaku yg dia ade terkucil masa solo lagu ape ntah..siap ckp minit keberapa yg dia salah tu haha

    ReplyDelete
  2. bila aku dgr lagu2 dlm album, aku rasa nak tergelak dgr suara "kecik" hetfield hehehe

    mana taknya, aku lambat kenal metalika (zmn black) suara hetfield dah garau/bassy, bbrp thn kemudian baru aku explore album2 lama diorg

    ReplyDelete
  3. Aku pun sama mcm Ijau jugak, baru kenal Metallica melalui Black Album, akan tetapi selepas buat research psk album terdahulu mereka, album ni yg paling nostalgik dan sound nya memang agresif! Walaupun vokal Hetfield agak wannabe ketika itu (terlalu mengikut band NWOBHM haha) akan tetapi komposisi muzik original...lagu mcm Hit The Lights, The Four Horsemen, Seek and Destroy betul2 buat anda nak headbanging sampai cram leher haha....

    ReplyDelete
  4. aku start dengar album RTL.... last album Cliff Burton...masa tengok Cliff Em All baru tahu dia main intro bass dalam from whom the bell tolls....legend!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. dalam sound magazine tahun 1983,review album ni dapat setengah bintang je.haha.maybe sbb production tak semenggah mana.but hey,thats what thrash all about.non-confirmist,answer to nobody,waving big middle finger type of music.haha.true rebel.

    ReplyDelete
  7. Kalau dalam buku enter night,masa diorang nak rekod album ni diorang masa tu memang tgh susah gila,takda duit,pinjam duit member2,nasib diorang baik Johnny Z (producer) tu payung diorang sikit.masa tu pun kirk masih lagi belajar gitar ngn Joe Satriani.

    ReplyDelete
  8. faizal, last album burton bkn MOP ke?

    ReplyDelete
  9. yup, MOP not RTL.Final in terms of contribution was ...and justice for all for the song To live is to die.

    ReplyDelete
  10. Ijau... silap.... MOP....lupa...heheh

    ReplyDelete
  11. album ni jugalaa album yg mana adanya 4 lagu yg dikreditkan kepada abg Mustaine (Megadeth)

    ahahahahhaha

    ReplyDelete
  12. Semua lagu sedap.
    Evolution songwriting dorang terus makin best rtl.

    ReplyDelete
  13. album Kill 'Em All..satu album klasik. Didengar banyak kali tetap sedap kat telinga tua ini. Satu album yang takkan dapat dicapai tarafnya oleh METALLICA sekarang.....sedihnya

    ReplyDelete