Wednesday, March 27, 2013

Piece Of Mind

Lagi album klasik yang dah 30 tahun.


Iron Maiden - Piece Of Mind (1983)

Seperti Kill 'Em All, Piece of Mind juga adalah satu lagi yang sering disebut-sebut sebagai yang terbaik dari tahun 1983. Oleh kerana masa tahun 1983 tu, saya masih seorang peminat New Wave Of British Heavy Metal, Duran Duran Spandau Ballet Culture Club dan lain-lain, saya cuma mengetahui keujudan album ni 2,3 tahun selepas itu.

Kaset cap "Apache"nya pula saya beli saing dengan kaset "The Number Of The Beast" pada tahun 1987. Sayangnya saya dah kehilangan kedua-dua kaset tersebut. Walaupun saya meletakkan POM di kedudukan ke 5 album pilihan Maiden saya selepas SIT, SSOASS, PS dan TNOTB, tapi perlu saya akui. POM adalah antara album Maiden yang saya suka kesemua lagu-lagunya, jenis kalau dengar memang tak der fwd fwd...memang takder filler...


Kekuatan album ini pada saya adalah melodinya, gitar harmoni yang merata-rata, chorus yang sangat-sangat catchy sehinggakan lagu yang ramai anggap paling kurang best dari album ni, "Quest For Fire" pun chorusnya tersangatlah catchy. "Where Eagles Dare", "Revelations", "Flight of Icarus", "Still Life" adalah antara lagu yang sampai sekarang pun tak pernah jemu2 saya dengar. Manakala "The Trooper" pula adalah lagu Maiden yang pertama saya belajar dan berjaming.

Gambar Eddie didalam kaver album ni pernah saya gunakan sebagai lukisan ilustrasi saya untuk sebuah sajak  berkenaan dadah dalam buku tahunan sekolah saya. (saya di lantik menjadi pelukis ilustrasi bersama untuk majalah tahunan sekolah). Sayangnya saya tak pasti kemana ntah hilangnya buku tahunan tersebut. (nak kena cari kat kampung ni...)


 Rasanya jika anda seusia dengan saya, bukan Metallica, bukan Megadeth maupun Slayer...tapi Iron Maiden dengan album seperti Piece Of Mind lah yang menjadikan anda sebagai seorang mat rock . Mungkin anda perlu berada disitu untuk memahamai apa yang generasi saya rasakan...mungkin kerana itu (dan sedikit rasa bias di hati) saya sering merasakan Piece Of Mind adalah album pilihan saya untuk tahun 1983.


REKOMENDED!





8 comments:

  1. album2/lagu2 lama maiden pra-SIT (except yg masuk kompilasi BOTB) agak lambat aku explore, maybe sekitar 2003 klu xsilap

    ReplyDelete
  2. Rajin hari rabu pulak harini menaip eh..heheh..piece of mind memang bestest!

    ReplyDelete
  3. album terbaik IM bagi aku... lagu semua best!

    ReplyDelete
  4. versi enhanced cd nih, inlay dia mesti banyak gambar2 menarik kan?

    ReplyDelete
  5. Ai rock awek-awek takde ke?? Mengenai rock awek2 lihat disini (klik)

    Berkenaan scene underground di Malaysia lihat disini (klik)

    ReplyDelete
  6. Kaboi...sudah tentu

    Matrojak...ada..tunguu...

    ReplyDelete