Monday, July 22, 2013

I Hear Black

Lagi thrash yang 20 tahun




Overkill - I Hear Black (1993)


Setelah dihidangkan dengan 2 album klasik thrash, The Years Of Decay (1989) dan Horrorscope (1991), I Hear Black sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan. Perubahan arah tuju muzik metal di awal tahun 90an sememangnya memberi kesan kepada band-band thrash yang lainnya. Overkill juga tidak terkecuali. Di kala thrash metal hampir mati. Tiada lagi falsafah "faster is better". Majoriti band thrash inginkan "Black album" versi mereka, maka untuk Overkill, lahirlah I Hear Black.



Memang ini bukan Overkill yang biasa. Temponya lebih perlahan, gelap dengan melodic dan riff yang lebih catchy. Namun feel ala-ala Black Sabbath yang biasa pada mereka masih ada. Groove ala Pantera juga menjangkiti mereka, jelas kedengaran dalam lagu "World of Hurt". Lagu slow mereka tetap awesome. Pernah saya katakan dulu, band-band thrash memang sedap kalau buat lagu slow. "Shades of Grey" memang sebuah lagu slow thrash yang baik.



Mungkin jika anda mahukan thrash yang laju, anda akan kecewa. Tetapi jika sukakan sound yang berat. I Hear Black sesuai untuk anda. Yang menariknya selain shredding guitars Merritt Gant dan Rob Cannavino, bunyi bass D.D. Verni sangat menonjol. Pastikan anda mempunyai sistem hi-fi yang bagus untuk menikmatinya (heheh..). Dan pada saya Bobby "Blitz" Ellsworth benar-benar menyanyi untuk album ini. Penggunaan vokal terbaik beliau setakat ini.

Kalau ini album experimen, pada saya mereka berjaya. Mereka kembali bermain laju dengan album berikutnya. Kalau ada gelaran Big 5 of thrash, sudah pasti Overkill termasuk dalam pilihan saya.



10 comments:

  1. Nampaknya masa tu byk band thrash nak buat album mcm Black metallica ek. Trendy?

    ReplyDelete
  2. ko tak buang eh kaset bila ko upgrade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan...banyak memorinya...tapi kalau rumah dah takder space...mungkin terpikir juga nak buang...tapi aku tengok kat FB ada org jual kaset2 lama sampai RM80...giler mahal...

      Delete
    2. rm80 utk kaset? yakin lg ke kaset tu blh guna? atau mungkin disebabkan yg beli sbb nilai2 nostalgik, yg jual pula ambil kesempatan... hahaha

      Delete
    3. aku jual kaset rm5 je... licin bilik aku

      Delete
    4. ni yang jual mahal2 ni kebanyakan memang yg jenis meniaga...bukannya dari koleksi peribadi..

      Delete
  3. Overkill pun dah kena tempias gak eh.tapi pada aku ok,sound dia tak berubah.tak mcm metallica masuk load ngn reload sound berubah,termasuk sound gitar diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai death magnetic pon masih ada sikit blues rock dicampur dengan thrash metal. kadang2 best, kadang2 memualkan

      Delete