Kalau nak bercerita perihal Masjid Sultan Ismail ni, kena juga rujuk kepada Masjid Sultan Ibrahim seperti entri aku yang >INI<
Kira ni kembar dia la...
Ini kerana masjid ini adalah replika kepada Masjid Sultan Ibrahim yang terletak bertentangan dengannya di seberang sungai Muar. Di bina pada tahun 2002. Ianya adalah masjid yang terbesar di Muar. Juga dikenali sebagai Masjid Jamek 2.
Terletak di kawasan perindustrian Tanjung Agas, Muar iaitu di tebing utara sungai Muar. Kalau dari Bandar Muar, kena menyeberang jambatan Sultan Ismail (jambatan pertama) dan ianya terletak di sebelah kiri jalan.
Masjid Sultan Ibrahim di seberang sungai |
Perbandingan antara kedua-dua masjid yang aku terjumpa dalam internet
**Replika kepada masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI), bercirikan senibina Inggeris.
**Menara azannya lebih besar & setingkat lebih tinggi drpd MJSI.
**Rekabentuk dalamannya juga menerapkan nilai2 senibina dalaman MJSI. Perbezaan hanyalah dari segi bahan binaan, saiz & kehalusan seni pembuatannya.
**Siling di sini adalah siling plaster gypsum yang bercorak sedangkan siling di MJSI masih menggunakan siling fibreboard 4x4 ber`beading' kayu yang dicat.
**Lantai masjid ini disudahi dengan jubin manakala MJSI pula berlantaikan marmar putih bercorak. Ruang solat utama untuk kedua-dua masjid disudahi dengan permaidani.
**Bentuk/corak pintu2 masuk di sekeliling ruang solat utama adalah serupa dengan MJSI.
**Tiang2 Roman yang berjejeran di dalam ruang solat utama juga adalah versi yg sama, cuma di sini ianya berfungsi sebagai struktur penyokong tingkat mezanin & juga bumbung sedangkan di MJSI ianya sebagai penongkah bumbung sahaja.
**Bentuk dan saiz mimbar seakan-akan sama, tetapi tidak seiras. Kedudukan tangganya adalah serupa. Yang ketara berbeza adalah bahan buatannya serta seni ukirannya yang mana di sini ianya diperbuat drpd. kayu berukir halus sedangkan di MJSI ia dibuat dari logam yang diukir juga.
**Dinding belakang mimbar serupa dengan MJSI, cuma berlainan warna catnya.
**Ruang wuduk berbentuk bulat di kedua-dua masjid. Namun di sini ianya berbumbung kubah sedangkan diMJSI ruang wuduknya dibiarkan lopong utk menadah air hujan.
**Kedua-dua masjid dicat dengan warna yang serupa dibahagian luar bangunan, iaitu putih & biru. Di bahagian dalam warna catnya berbeza.
Ruang dalamnya memang besar. Dikatakan boleh menampung lebih kurang 5,000 jemaah didalam satu masa...Tapi sayangnya seperti dalam gambar...Jemaah Asar pada hari aku kat sini tak sampai pun 10 orang jumlahnya...tu pun campur dengan budak-budak....Beginilah nasib masjid....
ni takde area residents atau area pekerjaan kot? tu pasal tak sampai 10 dah campur budak2.
ReplyDeleteuntuk makluman bro Deap, ianya berdekatan dengan tanah perindustrian. banyak kilang2 kat situ.
Deletebersangka baik...mungkin hari tu hari ahad...kilang tutup...tu pasal takder orang...
DeleteSebut betul2..muor..heheh
ReplyDeleteSalam maulidur rasul broteromber
rasanya sebelah sini tak ada perumahan
ReplyDeletemenyedihkan. Salam mawlid nabi...
ReplyDeleteSalam maulidur rasul tuan berteromber...cantik masjid ni
ReplyDelete