Friday, August 28, 2015

Death on the Road

Bersempena lagi seminggu nak keluar The Book of Souls....

Yang akan menyambut ulangtahun ke 10 esok, 29hb Ogos...


Iron Maiden - Death on the Road (2005)

 Scream for me Dortmund!!!!......................

Dirakamkan di Westalenhalle Arena, Dortmund Jerman pada 24hb November 2003, semasa Dance of Death World Tour (2003–2004).


Tak kisah lah entah berapa banyak pun Iron Maiden nak keluar album live...entah berapa versi live pun "Run To The Hills", "The Number of the Beast"atau "Hallowed Be Thy Name?" yang mereka nak keluarkan. Peminat hardcore mereka tetap akan beli juga. Dan bilangan yang hardcore ni pun bukanlah sikit-sikit umat. Sememangnya Iron Maiden adalah mesin pencetak duit...hahaha...


Tak perlu nak ulas. Iron Maiden bab persembahan live memang selalunya tip-top. Yang menariknya Death on the Road ni kita dapat dengar lagu-lagu seperti "Wildest Dreams", "Dance of Death","Rainmaker", "Paschendale", "No More Lies" dan "Journeyman" dirakamkan secara live buat kali yang pertamanya secara official.


Kalau kali pertama menonton mereka secara live tentu tak suka sampai 6 buah lagu baru (pada waktu itu) dimainkan. Macam kes pengalaman saya semasa di Singapura dulu. Kalau boleh nak suruh mereka main lagu-lagu lama kesemuanya. Tapi biasalah world tour macam ni adalah untuk promosi album baru.


Tapi tak kisah la itu semua. Yang pentingnya tak sabar nak tunggu The Book of Souls...dan lagi tak sabarnya... agak-agak dapat tak dengar...."Scream for me Kuala Lumpur!!!............"




13 comments:

  1. journeyman = best
    journeyman + live = bestest

    ReplyDelete
  2. adrian dan jannick guna gitar akustik. main lagu apa tu ya?

    ReplyDelete
  3. adrian dan jannick guna gitar akustik. main lagu apa tu ya?

    ReplyDelete
  4. this is actually a very good live album. Dance Of Death ngan Paschendale kat album ni sangat terbaik. Ada Lord Of The Flies lagik.
    DVD dia mungkin edit dia tak seronok sangat, terutama crowd scene is Poland nye show sebagai backup malam sebelum nye or something.

    ReplyDelete
  5. live terbaik, crowd sempoi..

    up the Irons!

    ReplyDelete
  6. Mereka ni sentiasa tip top

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete