Sungai Segget 1955 |
Sungai Segget awal tahun 2000 |
Sungai Segget 2005 (Legaran Segget) |
Sungai Segget skarang - Ogos 2015 |
Kini selepas 10 tahun, Sungai Segget muncul kembali. Di bawah Program Transformasi Johor Bahru, projek pemulihan Sungai Segget sedang giat dijalankan. Khabarnya projek yang bernilai lebih dari RM200 juta ini akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2016.
Khabarnya proses pemulihan ini melibatkan penambahbaikan kualiti air dan mengurangkan pencemaran yang disalirkan ke Selat Tebrau. Proses membaik pulih itu juga membabitkan kawasan tebing supaya menjadi taman rekreasi hijau untuk kegunaan orang ramai dan tarikan pelancong.
Khabar dari mulut ke mulut pula kononnya nanti ada laluan bot untuk pelancong ala-ala macam kat Melaka tu. Yang ni betul ke tak kurang pasti. Tetapi yang pastinya jangan lah projek ni esok jadi projek gajah putih. Sungainya kotor dan harumannya sama macam dulu.
Mat rock JB dan budak-budak underground metal 90an mesti tahu tempat ni. Kawasannya bukanlah bersih dan berbau tetapi tetap menjadi tumpuan untuk melepak dan mengisi perut bagi warga Johor Bahru. Macam-macam makanan ada. Laksa johor, mee rebus, mee bandung, otak2...macam-macam lah...Sekarang semuanya tinggal kenangan.
SELAMAT HARI MERDEKA!
*kredit kepada tuan punya 3 gambar yang teratas. Tak pasti dan lupa dari blog mana gambar itu di ambil
Medan Selera tu pindah yang celah2 belakang Wong Ah Fook dan Meldrum kan?
ReplyDeleteSame hawkers kan? baik halal food dan Chinese food?
Yang walkway tu memang mula2 ada air pancutan semua hehe
Roti John JB yg legend berasal dari medan ungku puan tu lah.. Kan?
ReplyDeletebaru lalui sungai segget tadi ;p
ReplyDeletesungai segget -jb berpisah tiada..hahaha
ReplyDeletetempat legend ni..dulu rajin usya awek tggu bas lepas makan kat gerai situ..hahah..yang aku ingat masa tu suma dressing awek2 dulu ala2 Feminin ngan M'steen gitu.lepas tu gi main game doposen kat komtar atau pun Merlin Tower.konon nak join geng black jacket,tapi tengah2 hari buta pun pakai jaket lagi pun black jacket takda,tak jadi nak join..hahah
ReplyDeletemmg lejen, dah tutup buka balik...
ReplyDeletelejenda ni
ReplyDeletemacam baca laporan Jabatan Alam sekitar... hehehe
ReplyDeleteThis is a very good article. Thanks for writing it. Sungai Segget have a lot of memories and it should be kept as Johor Bahru's historical landmark.
ReplyDelete