Friday, August 14, 2015

Heart

Mengimbau kenangan 80an....dah 30 tahun dah usianya...


Heart - Heart (1985)

Mereka bukannya band baru. Dah wujud sejak zaman 70an lagi. Tetapi saya mula mendengar muzik mereka pada pertengahan tahun 80an. Pengaruh dari abang. Ini antara kegemaran beliau. Pertama kali saya mendengar lagu "These Dreams" tak tahu pun yang mereka adalah kumpulan rock. Tetapi disebabkan penyanyinya seorang perempuan. naluri anak teruna baru nak naik...terus jatuh terpikat.

Mereka adalah satu contoh band yang kalau boleh lah saya katakan sebagai "sellout". Muzik mereka agak berbeza semasa tahun 70an. Hard Rock 70an dengan elemen folk. Bila nama mereka mula tenggelam di awal tahun 80an, mereka menurut sahaja apa kehendak syarikat rakaman termasuk menyanyikan lagu ciptaan orang lain dan menukar imej baik dari segi lagu mahupun rupa.


Ternyata pengorbanan mereka untuk lahir semula tidak sia-sia. Konsep AOR dan glam rock yang mereka bawakan untuk album ini meletup. "These Dreams" menjadi single pertama mereka yang mencapai kedudukan no 1.  "What About Love", "Never" dan "Nothin' at All" pula masuk carta top 10 di USA.

Muzik mereka memang pop. Agak catchy. Kalau kepala serabut dengan muzik hantu huargh...huargh...., album ini memang sesuai untuk dijadikan bilasan. Video clipsnya pun menarik. Zaman Ann dan Nancy masih muda dan kurus.

Mungkin bagi pengemar mereka di zaman 70an ini tidak berapa best. Tetapi bagi saya yang mengenal Heart dizaman 80an, ini memang saya suka.





4 comments:

  1. Zaman dulu, nanti aku pasang tape rekoder bila dengar 98.7 perfect 10.
    Nanti berkumandang je terus aku press rekod.
    Tu album brigade, tapi album tu ada lagu all i want to do make love to, so lagu secret tenggelam. Heart best dan dorang rock. Led zep honour depan presiden obama dorang last kopek Stairway to Heaven. Aku sangt suka ni band.
    Never pun sedap eh? Dulu aku budak2 ada tape campur lagu ni... suka, rock abis

    ReplyDelete
  2. Ooohh aku sebenarney tengah cakap pasal aku tape dari radio
    lagu SECRET. Hehehehe

    ReplyDelete
  3. beza setahun je ngan umor aku.. haha

    ReplyDelete
  4. Yg aku tau lagu "Barracuda" je..heheh.penah terbaca pasal album ni tapi lom penah dgr

    ReplyDelete