Soul Asylum - Let Your Dim Light Shine (1995)
Tak banyak band-band yang dikategorikan sebagai alternative rock 90an berjaya memikat hati saya. Tetapi Soul Asylum adalah salah satu darinya.
Ntah kenapa melodi lagu-lagu David Pirner ni cukup mudah untuk meresap dalam jiwa. Mungkin kerana lagu-lagunya tidaklah meleweh sangat. Solo gitarnya pun bagus. Mula tertarik sejak terdengar lagu "Runaway Train" dan "Black Gold" dari kaset "Grave Dancers Union" yang dipinjamkan oleh seorang rakan. Bila terjumpa "Let Your Dim Light Shine" di rak kaset di kedai, tanpa berpikir panjang saya terus membelinya.
Ternyata ianya belian yang tak sia-sia. Lagu track pertama "Misery" sudah cukup membuatkan saya tertarik. Melodinya cukup melekat. Sedap!. Lagu ini benar-benar mengamit kenangan saya kepada rakan-rakan sekerja di tempat kerja saya yang lama. Kami ramai tapi yang agak rapat adalah kami berempat. Gang lepak tangga. "Port" biasa untuk berborak di waktu kerja sambil memikirkan penyelesaian untuk masalah dunia (hahaha..) sambil melayan rokok bang sebatang dua. Walaupun saya bukanlah seorang perokok, tetapi setiap aktiviti lepak tangga pasti saya akan turut serta. Tak cukup korum la kalau saya tak ada. Di situlah bermulanya saya menjadi seorang "social smoker".
Yang bestnya boss pun tahu. Tapi dia tak bising pun. Janji kerja siap dan tip-top sudah. Tambah pula salah seorang dari kami adalah orang kanan beliau. Cuma kadang-kadang tu dia perli juga. Terutamanya bila macam-macam komplen dan luahan ketidakpuashatian kami sampai juga ke telinga beliau. Dari situ kami digelar sebagai gang "Frustrated Incorporated". Tapi yang peliknya dari mana dia dapat ayat tersebut. say pun tak tahu. Ayat tu ada dalam lirik lagi "Misery". Mungkin sahaja beliau juga peminat lagu ini. Tu sebab setiap kali dengar lagu "Misery", kenangan lepak tangga tingkat 10, Menara Kotaraya akan tetap segar dalam ingatan.
Sekarang kami berempat dah tak serapat dulu dah. Mungkin masa dan jarak menyebabkannya jadi begitu. Ketiga-tiga mereka sudah berjaya dalam bidang perniagaan. Hidup mewah. Seorang dah jadi tokey stesen pam minyak, seorang tuan punya kedai dobi manakala yang ketiga berkecimpung dalam dunia perniagaan franchais. Cuma saya seorang yang masih kekal hidup dengan makan gaji. Boss saya pula pernah menjadi CEO di sebuah syarikat rangkaian makanan segera terkemuka. Cuma sekarang dia dah balik Johor.
Panjang dah menaip, baru perasan yang cerita pasal album ni baru secoit. Hahaha....malas pula nak sambung. Senang cerita album ini memang best. Melodinya memang mudah melekat. Lagu-lagu seperti "String of Pearls", "Bittersweetheart" dan beberapa yang lain memang sedap. Ini memang album rock pilihan saya untuk tahun 1995.
Best album ni...zaman2 aku membesar kenal2 gitar...misery slalu kuar kat tv..ingat pulak rancangan "Alternatif" yg joe kid tu
ReplyDeleteTak sangka bro nak review ni... yes, ni cult alternative rock ni. Saya boleh main "Runaway Train" sambil nyanyi lirik anytime lagi ni. hahaha! "Lonely for You" juga classic bagi saya....
ReplyDeleteDulu "runaway train" tu aku ingat Axl Rose punya album side project sekali bukan..hahah.mamat dave pirner tu pun ala2 cobain gak eh.penah couple ngam winona ryder kejap eh.tu yg glemer
ReplyDeleteSoul Asylum ni best. Nasib baik la sebelum kedai estocks deutschland tak nak hantar ke sini aku sempat upgrade ke cd. Huhu. Nak kena cari lp lg la ni nampaknya.
ReplyDeleteTak pernah dengar. Aku lagi tertarik baca pasal kenangan silam kau. Haha
ReplyDelete