Monday, October 26, 2015

Ramli Sarip s/t

Rock melayu yang dah masuk 30 tahun...


Ramli Sarip - Ramli  Sarip (1985)

Album solo pertama dari Bapa Rock Melayu, Ramli Sarip. Di terbitkan dalam tahun yang sama dengan album terakhir kumpulan Sweet Charity. Tak tahu sangat kerana pada ketika itu saya masih kemaruk dengan muzik new wave. Baru-baru nak belajar dengar rock. Muzik rock 70an seperti yang dibawakan oleh Sweet Charity/Ramli Sarip bukanlah sesuatu yang sedang trendy pada ketika itu.

Kalau tidak silap saya, tiada anggota Sweet Charity yang bermain untuk album ini kecuali Wan Ahmad. Itupun beliau hanya bermain bass. Ternyata Ramli Sarip memangnya mahu lari dari bayang-bayang Sweet Charity dan pada pendapat saya ianya berjaya.

Tidak seperti muzik Sweet Charity yang lebih kepada rock n roll dan hard rock 70an, album ini pula lebih banyak "feel" blues terutamanya dalam lagu-lagu yang berentak perlahan. Entah kenapa saya terbayangkan Eric Clapton.


Tetapi bagi lagu-lagunya yang rancak muziknya agak terpengaruh dengan elemen muzik new wave 80an terutamanya dalam penggunanaan synthesizer (lagu "kepastian" dan "Selamat Malam") dan juga saxaphone (lagu "Jikalau Berkasih"). Kadang-kadang ianya mengingatkan saya kepada band-band AOR 80an atau mungkin juga band-band 70an yang ber"new vawe" di tahun 80an seperti YES, Styx mahupun Queen.

Album ini sangat bagus sebenarnya. Sayangnya mungkin pada tahun tersebut penerimaan muzik sebegini belum cukup meluas. Pada saya ianya bukanlah sekadar album yang mengandungi lagu popular "Jikalau Berkasih" dan "Panah Beracun". Saya pada awalnya pun beranggapan begitu. Tetapi selepas beberapa kali seisi pendengaran ternyata satu album semua lagu bagus. Satu album semua lagu sedap. Memang best!


***WEA sudah pun mengeluarkan semula album ini dan lain-lain album solo Ramli Sarip bermula pada hari ini. Khabarnya jika ada sambutan, berkemungkinan besar album "Ziarah Seni" yang 4 disc tu pun akan dikeluarkan semula...siap sedia jer la duitnya...sayangnya tak nampak pulak album "Alive" ada dalam senarai tersebut...





13 comments:

  1. Panah beracun sangat sedap lagunye. Amuk pun cover version..
    anyway tahu tak appa setlist search nusajaya?
    aku tak boleh jumpa mana2..
    seriously aku so dissapointed ngan how benda paling penting ni macam takde fans take note, or dorang cuma tahu lagu Isabella dan pawana je.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti aku buat entri...aku pun ingat2 lupa ni...hari tu tak sempat nat catit...harap2 portdy ingat...

      Delete
    2. Tengah mengarang. Tungguuuuuu

      Delete
  2. Wah..WEA pun nak buat reissue jugak?kopak la mcm ni..hahah..ingatkan nak review konsert search.aku tgk kat fb ada gambo riang ria bersama portdy tu..heheh

    ReplyDelete
  3. panah beracun paling aku suka dgr.

    ReplyDelete
  4. kalau korang x suke dgn sticker hologram kat cover cd tu aku pulak benci tulisan edisi lagenda kat cover cd tu..x boleh ke di besahkan mengikot saiz cd cover album tu,,terokla WEA ni..setakat ni NSR dan UNIVERSAL je yg betol2 ikot saiz cd cover album reissue..

    ReplyDelete
  5. Keset ni aku punya dah lesap entah kemana..Nampak gaya klu dah re issue ni kena beli balik...Kali ni CD le plak...

    ReplyDelete
  6. Cd Alive pernah di rilis semula dengan new cover plus VCD for complete set for ALIVE showcase live at synchrosound.

    ReplyDelete