Friday, October 9, 2015

Japan Live '94

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini (9hb Oktober)


Savatage - Japan Live '94 (1995)

Pengikut blog ini pasti tahu yang Savatage adalah band kegemaran saya. Terutamanya bekas gitaris mereka, mendiang Criss Oliva. Salah satu sebab mengapa album ini tidak menjadi salah satu album live kegemaran saya hanyalah semata-matanya kerana tiadanya beliau.


Mungkin saya tidak berlaku adil kepada Alex Skolnick (Testament) yang sedaya upaya menggantikan tempat Criss. Nak buat macamana saya sememangnya "bias". Tetapi sebenarnya kerja gitar Alex Skolnick dalam album ini memang terbaik. Tip top. Memang patut kena puji. Paling saya suka dia tak memandai-mandai menokok tambah atau mengubah suai rif yang asal. Solo yang berbeza sedikit tu biasalah. Sememangnya salah satu sebab kenapa saya sukakan Testament adalah kerana solo-solo anak buah Joe Satriani ini.


Produksi album ini memang tip top. Balance. Clear. Memang syiok dengar. Tambah tambah pula semua lagu pun sedap. Mungkin kalau yang nakkan lagu-lagu era Jon Oliva, akan sedikit kecewa. Tetapi dengan adanya lagu seperti Sirens dan Gutter Ballet dah kira best dah. Yang tak bestnya cuma ianya tidak dinyanyikan sendiri oleh Jon. Walaupun dia ada berduet dengan Zak dalam lagu Gutter Ballet. Tetapi rasa tak puas lah. Selebihnya beliau hanya sekadar bermain keyboards. Mungkin kat situ ada rasa kurang syioknya. Dah biasa dengar suara Jon pada lagu lagu tersebut. Dengar Zak yang nyanyi memang agak lain sedikit.

Tetapi perlu diakui antara highlight album ini pada saya adalah vokal Zachary Stevens. Memang power. Terutamanya bila dia nenyanyikan lagu lagu dari zaman dia. Memang best.

belanja sikit gambar tape video VHS yang masih saya simpan walaupun playernya dah lama rosak. Mungkin generasi hari ini tak pernah tengok tape video ni...Ni pun kira rare ni pasal Japan Live '94 ni sampai sekarang pun masih belum ada official realese dalam betuk dvd mahupun bluray...



Maaflah saya sememangnya akan "bias" bila bercakap pasal Savatage. Dah minat nak buat macamana kan..Sila beli..download...youtube...spotify atau apa sahaja...pasal ini memang barang baik.

Rekomended!






4 comments:

  1. Aku dulu2 confuse Ghost In The Ruins dengan yang ini.
    Then rupanye completely lain. Complement each other la ni dua.
    Nanti la lain kali mungkin nak start kumpul Oliva Pain dengan Circle II Circle lak haha

    ReplyDelete
  2. Tu tape video leh jual lagi kejam dari harga kapitalis tu.hehe..tak penah nampak or tau pasal album ni,baru harini tau

    ReplyDelete
  3. video tape tu mesti dh berkulat, tp tgk ok jek..pndai jge

    ReplyDelete