Thursday, June 2, 2016

Bersama Selamanya

Lama dah entri ini tersangkut dalam draf....koleksi Bersama Selamanya Edition D dalam soft cover khas untuk golongan marhaen seperti saya...


Satu lagi kenangan zaman muda terutamanya jika anda peminat kartun dan muzik rock/metal. Gayour dan lukisan kartunnya tak kira dari zaman Gelihati, Gila-Gila ataupun Ujang telah menjadi sebahagian dari sejarah muzik rock/metal di Malaysia. Walaupun beliau bukannya pemuzik tetapi kartun-kartun beliau yang bertemakan rock dan metal sedikit sebanyak membantu mempopularkan muzik rock/metal ke arena mainstream di Malaysia.

Bersama Selamanya adalah antara siri kartun beliau yang popular. Diterbitkan di dalam majalah Ujang bermula dari tahun 1994 hingga ke 2001 dengan jumlah 142 bahagian secara keseluruhannya. Pernah diterbitkan dalam bentuk buku yang dibahagikan kepada 2 volume. Volume pertama diterbitkan pada tahun 1996 manakala volume ke 2 pada tahun 2000.

Secara jujurnya saya sendiri tidak berjaya mengikutinya hingga ke siri terakhir. Tidak ingat kenapa. Seperti muzik metal, saya juga agak "lost" dengan majalah-majalah kartun dipenghujung 90an.


Dulu pernah beli Vol 1. Sayangnya dah hilang entah ke mana. Yang lebih sayang didalamnya ada tandatangan Saudara Gayour yang saya dapati ketika promosi kartunis majalah Ujang di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. Sayangnya zaman tu (tahun 1996) belum ujud lagi handphone berkamera.  Tak dapat lah nak bergambar sama.

Banyak juga gambar-gambar Amir yang sedang beraksi dengan gitar saya cilok untuk dijadikan lukisan saya dalam usaha memikat awek. Hahaha...Terimakasih Gayour kerana menyerikan kehidupan zaman remaja saya. Harapnya lepas ini ada pula koleksi Music Mania ataupun Siapa Yang Harus Disalahkan.

Sila dapatkan koleksi anda selagi stok masih ada. Untuk info sila rujuk http://gayour.blogspot.my/




7 comments:

  1. Music mania yes aku pun setuju. Dengan tandoori payat. Kena keluar balik. Jual PDF pun takpe.

    ReplyDelete
  2. Lum berkesempatan nak beli ni.boleh beli direct ngan gayour.heheh..

    ReplyDelete
  3. bab paling aku tak lupa, bab racing (penghujung 1996) dengan runut lirik lagu number 1 manowar... waktu tu aku baru nak minat manowar

    siri ni juga femes dengan nama jolokan "bergaduh selamanya" (lari... sblm bro gayour baca, hahaha)

    ReplyDelete
  4. klu cerita ni disambung pun best jugak.nak juga tgk amar n the geng beraksi kat amerika sana... hehe

    ReplyDelete
  5. bro gayour memang terbaik dan friendly orangnya... inilah antara kenangan manis gua sewaktu ketemu beliau dekat pesta buku antarabangsa dekat MAEPS serdang baru baru ini... siap boleh bergambar sambil peluk peluk lagi... Thanks bro Gayour atas ke'sporting'nan anda... hihih hihih

    ReplyDelete
  6. kill kill kill die die die..hehe memori tul ni katun..

    ReplyDelete
  7. Nak beli tapi belum beli.. asyik KIV aje..

    ReplyDelete