Lagi album reissue...
Ramli Sarip - Rentak Hidup (1991) keluaran semula 2016
Banyak juga album-album tahun 90an yang saya ketinggalan. Rentak Hidup adalah salah satu darinya. Malah hampir tak pernah tahu pun kewujudannya. Ramli Sarip yang betul-betul saya ikuti hanyalah hingga ke album Perjalanan Hidup (1987). Album-album selepasnya memang kurang ambil tahu tambahan pula beliau telah mula kurang rock n roll nya.
Awalnya ingatkan Rentak Hidup adalah sebuah album ketimuran/kerohanian seperti Syair Timur, rupa-rupanya tidak. Ini adalah sebuah album rock n roll. Pemuziknya juga hebat-hebat belaka. Man Kidal, Yan, Tom dan Acis. Maka sudah tentulah muziknya memang mantap.
Tak pernah nampak album ini dalam keluaran cd "Siri Lagenda" terbitan tahun 2011. Rupanya Rentak Hidup ni memang tidak diterbitkan untuk siri tersebut. Kiranya ini adalah kali pertama diterbitkan dalam betuk cd (tolong betulkan jika salah).
Banyak lagu sedap. Melodi lagu-lagu Ramli Sarip memang jarang mengecewakan. Paling suka Blues Felda Blues dan Diktator Papan Catur. Akhirnya teka teki saya tentang Blues Felda Blues terjawap. Semenjak kali pertama mendengarnya di radio dan dari kaset Alive, saya tidak pernah tahu dari album mana ianya di ambil. Sebagai anak peneroka felda, lagu ini liriknya memang cukup bermakna. Tambah pula bila lagunya memang sedap.
Yang paling istimewanya tentang Rentak Hidup adalah liriknya. Tiada langsung cintan cintun. Kesemua liriknya berkisarkan kehidupan. Mungkin kerana itulah albumnya diberikan tajuk Rentak Hidup. Tabik kepada Ramli Sarip kerana berani menghasilkan album yang sebegini.
Sebuah album yang berbaloi. Rugi juga tidak mendengarnya lebih awal.
*menariknya...beli dapat poster. WEA memang terbaik dalam penghasilan cd-cd reissue ini. Sound dan inlay yang memang puashati.
Rare album termasuk WARISAN
ReplyDeleteDengar dari kaset pak cik dulu...
ReplyDeleteKocik2 dulu aku xminat sangat Ramli gone too growl dulu.. ada la satu dua yg menarik.. TAJAM2.. PERJALANAN HIDUP tue slow,, masuk la sket.. tapi sebab bapak aku dan pakcik aku pulun sudah tentula aku terharung sekali untuk memahami kepoweran [pakcik nie..
ReplyDeleteTu jam masa aku beli cd cd Sofea SYJ, delivery sampai untuk cd2 Ramli Sarip ni, aku tak beli tapi setiap poster aku ambik satu. Hahahaha
ReplyDeleteaku lak last dgr ramli sarip ni album yg ada lagu keliru tu..apa tajuk album tu bert...album tu best pada perjalanan hidup..pada aku lah
ReplyDeleteSetakat nie aku cuma suka yg Alive 1998 tu je..nanti nak cuba dengar yg ni, berkenan ke tak..
ReplyDeleteaku cari album ni la tak jumpa2..yang ada sweet charity jer..
ReplyDeleteBanyak juga album re-issue ramli sarip ni dah ada kat pasaran.. Rasa Rasanya lebih 5 tajuk kot.. Nak juga Aku belinya, tapi sampai sekarang, satu pun belum sangkut lagi.. Kih kih
ReplyDeleteYer la, macam2 Album dah release, tak tahu mana yg Aku nak sambar dulu.. Kopak la duit Raya tahun ni.. Huhu
Info.. Terkini Album re-issue, handy black, tangan hitam.. Debut album ni.. Vokalis isa Rahman..fuhh rare album tuh
Ramli Sarip ada record single omputih tak? Penah dgr kat radio. Tajuknya "Leave Don't Touch" kalau tak silap... Sapa ada tahu??
ReplyDeleteBlues felda blues memang menyengat dengan suntikan rock n roll.. Mesejnya kepada orang bukan felda pun boleh terasa..
ReplyDelete