Wednesday, June 8, 2016

Keadilan


Sempena ulang tahun ke 30..


Lefthanded - Keadilan (1986 - terbitan semula 2016)

Ini memang album kegemaran. Walau dah ada cd cetakan pertama tetap beli juga versi reissue. Selepas Cinta Buatan Malaysia dan Battle Of The Band Round 1 & 2, inilah album yang pada saya sangat penting dalam sejarah muzik rock Malaysia.

versi 1995
Dah pernah buat ceritanya 7 tahun yang lalu >SINI< cuma kali ini nak kongsi perbezaan antara cd reissue ini dengan cd cetakan pertama tahun 1995.

kiri 2016, kanan 1995
Dah berapa kali beli dah Keadilan ni. Zaman kaset kalau tak silap 3 kali.  Tiga tiga pun ntah hilang kemana. Kalau satu hari nanti keluar versi piring hitam pun pasti akan dibeli. Antara album kegemaran sepanjang zaman. Memang semua lagu sedap.

Inlay cd 1995, jenis lipat 3. ada lirik dan satu gambar
Paling nostalgia, “Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi”. Ianya adalah lagu pertama yang saya bawa ke studio jamming. Terkial2 kali pertama memegang gitar bass yang sebenar. Gitar bass lebih besar dari orang...haha...

inlay 2016 jenis kertas lipat 2, dalam ada lirik., yang istemewanya dapat sekeping poskad
Album yang sangat kuat pengaruh Iron Maiden dan "Debunga Wangi" adalah satu lagi lagu wajib bila ke studio jamming.

kiri yang gold disc tu versi 1995, kanan tu 2016
Memang sangat rekomended bagi sesiapa yang hendak mengenal Lefthanded khususnya dan rock melayu 80an secara amnya.

Rekomended!

#untuk makluman, cd reissue Seruan, Qabul dan Evolusi juga telah berada di pasaran.





13 comments:

  1. terbaik ni album. lagu rancak lagu slow semua best.
    dah berpuluh tahun kot tak dengar, tapi dah sebati dalam kepala hotak.

    ReplyDelete
  2. Ni album mmg perfect.. sound gtar best.. lgu2 sume best.. ni album plg gratis dri lefthanded ok..
    Klu sekeping lipat 2 tu.. mmg dh kebiasaan la cd reissue zaman teknologi canggih ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. Victoria music baru msg aku tadi bgtau seruan ngan qabul dah ada..nak raya kopak laa..haha

    ReplyDelete
  4. wah! ini berita baik.. hampir kesemua CD lefthanded dah diterbitkan semula..
    cuma satu album jer masih tinggal.. iaitu Dimensi Baru terbitan tahun 1998..
    aku harap sangatlah kalau-kalau album rare ni pun akan diriliskan jugak suatu hari nanti..
    lefthanded terbaekkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan yg sama, tak pernah lagi dengar album tu, cari kat tenetpun tak ada lagu2 album tu..

      Delete
  5. Poskad tu cuba letak stem pastu pos kat aku. Tengok sampai ke tak. Hehehehe

    ReplyDelete
  6. Kemah keming reissue.. Tapi cd lama lagi bagus sebab gold disc not the purple disc..

    ReplyDelete
  7. Aku ada yg Edisi Khas Legenda Rock 2004, re-mastering oleh Fauzi Marzuki, inlay lipat 2, cd bukan gold tapi color kuning je....

    rasa yg nie mesti sound sama dgn 2004, sbb tak ada info re-mastering..tapi yg 2016nya, cover & cetakan cd lagi cantik..
    https://www.discogs.com/release/5505315-Keadilan/images

    Yg baru ni cover cantik

    ReplyDelete