Tuesday, June 28, 2016

Spin City Records

Jahanam...memang jahanam....

JB dah ada satu lagi record store...makan pasir la jawabnya tiap tiap bulan...hahaha...


Ini adalah Spin City Records. Lokasinya di tingkat 1 rumah kedai di Taman Danga Utama, Skudai.


Dah follow kat Facebook lebih sebulan. Baru semalam tergerak hati nak menyinggah. Terkial-kial juga nak cari pasal tak ada signboard kedai. Cuma tampal kertas A4 kat pintu tangga.


Baru buka lebih kurang 2 bulan lepas. Ownernya (Kelvin) masih muda. Baru graduate medical school dari Russia. Sekarang jadi MO kat Hospital Sultanah Aminah. Macam iyer iyer jer cerita. Sebenarnya tak dapat pun jumpa owner nya. Dia kerja. Yang jaga kedai adalah ayahnya, Uncle Philip. Jaga sementara katanya, tengah cari pekerja. Kalau boleh yang ada pengetahuan tentang muzik. Kalau dah pencen konpem saya yang apply...haha...

Uncle Phillip yang peramah
Tidak seperti kedai di Skudai Parade dan Danga City Mall, yang ni jual piring hitam baru. Sebenarnya di Embrace Hall, Taman Tampoi Utama pun ada jual. Ownernya boleh cari di facebook, Khairul Fahmi Mohd Ali. Tapi sehingga kini saya belum berkesempatan untuk menyinggah. Mungkin satu hari nanti. Duit tak berapa nak ada tu yang takutnya sebenarnya nak menyinggah. Kang tengok tengok terbeli juga..parah!!


Seleksinya pelbagai. Harganya boleh tahan la. Biasalah barang import. Selain itu beliau juga official re-seller untuk turntable brand Pro-ject. Mengikut kata ayahnya, ownernya memang passion pasal muzik. Seorang gitarist juga. Bagus juga bila hobby dapat menjana pendapatan sampingan.


Dan seperti yang saya kata awal tadi...memang bahaya pergi kedai kedai macam ni...tengok tengok dah terbeli pun...memang jahanam...heheh...




17 comments:

  1. klu org brunei kata jd "rambang mata" klu g kdai mcm ni bg peminat2 cd/lp.. hehe

    ReplyDelete
  2. oklah tu, nanti boleh buat pos gila format yg baru...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Cantik...kalau time bukan bulan puasa boleh lepak2 minum kopi sambil dengar record...

      Delete
  4. Hahah..ok la tu jb dah banyak kedai lp skang.bape rm mega ngan maiden tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serat lebih juga sekeping...kansel baju raya tahun ni...haha

      Delete
  5. bagus la tu Bert.. boleh tambah lagi koleksi gila format.. hihh hihh

    anyway - LP melayu dia tak jual ke bro..?

    ReplyDelete
  6. Oh my goodness...
    danger besar ni.
    hahahahahah.

    ReplyDelete
  7. Trimas sbb bagi review yang baik bang. biasanya saya ada kat kedai. Tapi sbb ada kejadian yang amat besar baru2 ni. Terpaksa kerja lebih keras skit. Nanti kalao nak singgah bual2, whatsapp jer. Nanti saya luangkan masa so boleh borak2 aka chit chat la. Haha

    Bawak vinyl skali, boleh jer lepak mendengar sesama.

    Nanti whatsapp make sure mention dari berteromber. Haha.

    Kelvin
    Spin city records

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..tq..ada masa...err...sebenarnya...ada duit...pasti akan singgah lagi...haha...

      Delete