Friday, July 15, 2016

Death Of A Bachelor

Orang tua macam saya tak dengar sangat lagu lagu-lagu macam ni...


Panic! At The Disco - Death Of A Bachelor (2016)

Sebenarnya cd ini adalah hadiah saya kepada anak sulong kerana keputusan cemerlangnya di kolej matrikulasi. Dia yang nak cd ni. Sebenarnya dia mahukan dalam bentuk piring hitam. Mungkin nak belajar mendengar muzik secara old school. Tetapi saya yang tak bagi walaupun perbezaan harga antara cd dan piring hitamnya hanyalah RM20++

Pada saya belajar dulu menggunakan cd, baru piring hitam. Cd lebih mudah. Kesian juga dengan generasi sekarang yang dah tak kenal rupa cd. Mungkin anak-anak saya bertuah kerana masih tahu apa dia piring hitam, kaset dan cd. Kalau anak-anak tak berminat nanti, saya pun tak pasti apa yang akan terjadi dengan koleksi saya pada suatu hari nanti.


Nampaknya selepas sebulan cd ini dibeli ianya hanya terbiar di rak cd. Seperti yang di duga, generasi sekarang lebih suka akan mp3, youtube, spotify, joox dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Semuanya dalam handphone dan mudah untuk di bawa kesana sini. Mengikut gayanya, anak sulong saya ni rasanya tak akan terjebak dengan hobi abahnya. Tak pasti adakah itu benda yang baik atau sebaliknya.

Berkenaan cdnya pula, Panic At The Disco adalah kegemaran beliau selain artis K-pop. Saya cuba juga mendengarnya untuk memahami selera golongan muda. Muziknya bagus. Pop. Mungkin kalau umur saya sebaya dia, saya juga mungkin akan suka seperti mana saya suka Duran Duran atau A-ha suatu masa dahulu. Apa nak buat saya dah tua....walaupun saya sering dikatakan seperti orang muda bila memakai tshirt Iron Maiden. Seronok juga bila Iron Maiden masih dikaitkan sebagai muzik untuk orang muda di pandangan mata awam.

Oleh itu satu petua kalau nak kekal muda, pakailah tshirt Iron Maiden...hahaha...





6 comments:

  1. CD CD Bert tu kalau besok besok nanti, tiada pewaris.. Manalah tau kot.. Hehe
    Wasiat kan jer pada yusrina Gitu.. Haha.. I'm just joking Bert.. Bye bye

    ReplyDelete
  2. sedap juga lagu2nya aku cuba dgr kat utube tadi haha.. esok2 anak2 bert sedar cd2 abah mereka tahap rare mereka akan hargai tu nanti..

    ReplyDelete
  3. Penah tau pasal panic at the disco ni tapi tak penah tau muzik apa yg di mainkan.anak dah tunjuk minat ngan vinyl kira ok dah tu ada pewaris..heheh

    ReplyDelete
  4. Patut bagi assignment kat anak untuk tulis review album ni..

    ReplyDelete
  5. Saki baki emo +shoegaze + dance rock nie..

    ReplyDelete