lagi cd rock melayu reissue...
Lovehunters - Sehari Dalam Hidup (1987) -keluaran semula 2016
Power trio dari Singapura.
Cd ini mengembalikan nostalgia saya di zaman persekolahan. Ianya mengingatkan saya kepada seorang rakan sekelas bukan melayu dan bukan mat rock yang cukup suka menyanyikan lagu "Sehari Dalam Hidup". Kami dah "lost contact" sejak habis sekolah. Tetapi setiap kali terdengar lagu ini memang ianya mengembalikan nostalgia tersebut.
Sehari Dalam Hidup adalah antara album rock melayu terawal. Pada ketika itu setiap kaset rock yang keluar pastinya saya dan rakan rakan sekelas akan mengambil giliran untuk beli. Nak beli semua mana nak mampu. Jadi untuk mendengar kesemuanya terpaksalah bergilir gilir beli dan kongsi mendengarnya bersama.
Ini bukan giliran saya. Maka tak pernah ada kasetnya. Tetapi lagu-lagunya bila dengar kembali terus ingat. Mereka berkonsepkan hard rock dengan sentuhan rock 70an. Dengan nama band pun dah boleh tahu "influenced" mereka dari era mana. Lagu paling hits mereka "Ku Ukir Nama Mu" (sesiapa duduk JB pasti pernah dengar, agak popular juga lagu ini di radio Singapura pada ketika itu) memang sedap. Solo gitarya memang ala-ala solo band rock 70an. Cuma lagu "Sengketa Dunia", yang pada saya agak berbeza kerana bunyinya seperti heavy metal 80an.
Secara keseluruhannya semua lagu sedap. Mereka memang pemuzik yang berbakat. Majoriti lagunya dicipta oleh mereka sendiri. Sayangnya di penghujung 80an saya mula terpengaruh dengan muzik yang lebih ekstrim, maka album-album mereka yang seterusnya tidak saya ambil tahu kecuali lagu inggeris mereka, "Angel In The Night" yang agak popular juga di radio Singapura pada awal tahun 90an...
Lovehunters aku kenal sebab lagu Blues Untuk Rakyat, memang top lagu tu time kat hostel 1991...lagu Ku Ukir Nama Mu, Berpindah Minda dan lain2 yg top memang pernah dengar, tapi mungkin dulu aku tak tahu Lovehunters yg bawa...
ReplyDeleteAku punya masih bebalut plastik lagi lum bukak lagi..heheh..dah banyak sngt cd pening mana satu nak dengo
ReplyDeleteKu ukir namamu tu jek yg aku biasa dengar kt redio.. mg pemes lgu tu.. band ni hard rock kn.. mcm band Illusi la cmtu.. boleh la layan jgk..
ReplyDeleteJauh beza bro dengan Illusi...itu pop..ni rock n roll...
Deletehaah haah haah..!! Illusi apa barang bro kaemm.. pop cintan gitu.. meleweh sakan
Deletelain lah dengan Lovehunters ni.. rock n roll blues gitu.. hehe
eh rock n roll ke..hakhak.. aisey nmpknye kena beli album ni..nk test dgr
DeleteLovehunters yang dorang main 3jam final show tu adalah antara paling greatest moment dalam dunia muzik melayu pada aku, sayangnye, segmen Ramli sarip join in semua kena cut dari official dvd.
ReplyDeleteAnyway... aku the first to agree.
we all live under same sun.
harap nanti Scorpions main nanti, sebelah melayu, sebelah cina. Mau terbakar hati sekian2 siap mintak refund tiket agaknya,
kau tahu Berteromber, 2 raya berturut2...
raya lepas - singapore ada semayang hari raya ke?
Tahun ni - singapore ada solat terawih ke?
Ni bukan zaman 1511, ok.. ni zaman smartphone data plan bergb gb. Still....
aku speechless.
lovehunters adalah pemburu cinta gitu.. layanzz
ReplyDeletemcm mau beli ja ni.
ReplyDelete