Monday, July 11, 2016

Roots

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 20hb Februari yang lalu...


Sepultura - Roots (1996)

Album yang membuatkan saya meninggalkan Sepultura. Bukan kerana tidak bagus tetapi muzik mereka telah berubah. Nu metal ataupun groove metal adalah satu genre yang sukar untuk saya hadam.

Tak boleh salahkan mereka. Selepas berjaya keluar dari kelompok underground dan menjadi popular dengan album-album sebelumnya, mungkin ini masanya untuk mereka kembali kepada asal usul tradisi muzik mereka. Rasanya kalau saya pun ada band sebesar Sepultura, pastinya saya juga akan melakukan seperti mereka. Inilah peluang untuk mengenalkan budaya asal usul kita. Mungkin itu yang cuba dilakukan oleh Max Cavalera dan rakan-rakannya.


Pengaruh muzik "tribal" mempelopori album ini. "Ratamahatta" adalah contohnya. Banyak penggunaan alatan gendang dari Brazil. Mungkin sesuatu yang baru pada ketika itu sehinggakan orang seperti saya merasakan agak sukar untuk hadam. Ramai yang kata muzik mereka macam Korn. Tetapi saya tidak mendengar Korn, makanya saya tidak pasti jika ada persamaannya di situ.

Kalau ada pun yang menarik perhatian saya adalah ketukan drum Igor. Memang power!

Bukan secawan kopi saya.



9 comments:

  1. Terkejut beruk jugak dengar album ni first time.
    first and only time. Haha.
    Korn? Haha lagi sekali.

    ReplyDelete
  2. haa haa haa.. bukan secawan kopi yusrina jugak..

    aku pun, masa dengar dulu album ni sama rasa macam kau jugak bert..

    keciwa, ponah, hampehh, dokalara.. itulah bait-bait ungkapan yang boleh diterjemahkan kat korang semua.. huh huh

    ReplyDelete
  3. belum perna dgr aku album ni, dalam best of sepultura ada kali lagu2 dlm ni.

    ReplyDelete
  4. saya berani kata ni pioner "folk metal" juga

    ReplyDelete
  5. Lepas album ni,max keluar terus aku tak follow sepultura dah.kalo baca kisah dia dlm buku dia mmg sedih laa..mmg album ni susah nak masuk kecuali track pertama tu je

    ReplyDelete
  6. Last album sepultura yg aku beli tahun 90an dulu.. lepas tu tak layan dah.. aku layan amuk ajer.. hahaha.. tp lepas konsert soulfly kat sepang 4 tahun lepas buat aku cari balik album2 mad max ni..

    ReplyDelete
  7. mmg betul album ni dikecam pencandu trash metal tegar, tp utk aku yg masih remaja time album ni release, album ni sbg pembuka pintu kpd genre metal. Lepa tu slowly baru exposed ke album2 terdahulu.. sama la mcm album grup Machine Head: Burning Red yg dikecam kaw2 zaman tu, utk sesetgh remaja sound gitu tu lebih accessible, kmudian baru exposed ke album2 terdahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu...semua orang ada tempat ianya bermula..

      Delete