Friday, August 19, 2016

Kelkatu Gugur Sayapnya

Lagi album rock lama yang dikeluarkan semula...


Shima & The Boys - Kelkatu Gugur Sayapnya (1989) - keluaran semula 2016

Tahu pasal album ni. Pernah dengar 2 lagunya di radio tapi tak pernah dengar album penuh. Membelinya semata mata kerana minat pada Lord. Pada saya beliau sangat "underated". Bukan sahaja sebagai seorang gitaris tetapi juga sebagai seorang komposer.

Mula timbul minat kepada beliau ketika membuat entry berkenaan cd Ella & The Boys 5 tahun yang lalu. >SINI<
Mendengarnya secara tekun berulang ulang kali menyebabkan saya jatuh suka. Sesuatu yang saya tak berapa kisahkan pun dulu ketika zaman Battle Of The Bands.

Ternyata album ni boleh tahan lagu lagunya. Lord sememangnya komposer yang bagus. Malah dia juga boleh menyanyi. 3 lagu solo dan satu berduet dengan Shima. Konsep lagu lagunya tak lari sangat dari zaman Ella. Feel blues dan rock 70an ala ala Uriah Heep masih kedengaran terutamanya bahagian keyboardnya. Sound gitarnya pun sedap. Tidak lagi nyaring seperti zaman Ella.



Tak kisah pun jika penyanyinya bukan Ella. Saya lebih kepada hendak mendengar muzik The Boys. Saya tertarik dengan lagu Pedaya Cinta sejak pertama kali mendengarnya. Lagu sedap dan suara vokalisnya pun power. Shima memang tak sama dengan Ella. Dan dia tidak cuba juga untuk menjadi Ella. Saya sukakan ianya begitu. Walaupun ada juga bahagian seraknya yang cuba menjadi Ella tetapi suara beliau lebih kasar. Tetapi ada juga bahagian high pitch yang saya rasakan seperti menjerit.

Beliau dicanangkan sebagai saingan Ella. Walaupun beliau pernah juga berada di puncak tetapi rasanya hanya ada satu Ella. Sesuatu yang agak sukar hendak di gugat sehingga kini. Saya tak tahu sangat lagu lagu Shima solo dan tak berminat pun. Tetapi saya berharap suatu hari nanti ada pula cd rilisan semula Lord Justice. Band Lord selepas dari The Boys.



9 comments:

  1. Takde siapa leh replace Ella... unik tu..

    ReplyDelete
  2. aku pun ada beli cd ni,keja gitar lord dalam album ni memang best.suara dia pun boleh tahan..heheh.lagu perdaya cinta tu sekali dengar macam kena paksa je vokal tu.mcm terseksa je shima menjerit..heheh

    ReplyDelete
  3. yg sore rock serak2 basah dlu antara Ella..Shima dan Wan.. klu ada Wan & The Boys pun dulu kira ok jugak.. tp Wan dah tuka konsep nyanyi lagu dangdut....kiki

    ReplyDelete
  4. terkini, Lord telah membuat reunion kembali bersama kumpulan The Boys.. Nama band telah dipilih untuk reunion ini, iaitu..
    Lord & The Boys

    Nantikan kemunculan mereka sedikit masa lagi.. Adios

    ReplyDelete
  5. best2..at last klua jgk re-issue album ni

    ReplyDelete
  6. SHIMA ni lagu teringin juga ku tahu..haha

    ReplyDelete
  7. Shima...
    as age goes by, aku jarang2 sangat dapat ikut gossip artis,
    tapi untuk Shima, I wish her all the best dalam usia meningkat ni..

    ReplyDelete