Monday, November 21, 2016

Licensed To Ill

Antara album terpenting dalam sejarah yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 15hb November yang lalu...


Beastie Boys - Licensed To Ill (1986)

Tak berminat dengan hip hop ataupun rap. Tetapi yang ini ada pengecualian. Kali pertama mendengar lagu "(You Gotta) Fight for Your Right (to Party!)", mati-mati saya ingatkan mereka adalah kumpulan rock. Sehinggalah seorang rakan meminjamkan kasetnya kepada saya.  Ketika itu barulah saya tahu yang mereka sebenarnya adalah sebuah kumpulan hip hop.

Banyak juga "sample" dari band-band rock yang mereka guna pakai contohnya dari Led Zeppelin, Black Sabbath dan ACDC. Mereka asalnya adalah sebuah band hard core punk. Maka tak hairanlah jika mereka banyak memasukan elemen rock dalam muzik hip hop mereka.


Walapun mereka kumpulan hip hop, tetapi lagu berentak rock, "(You Gotta) Fight for Your Right (to Party!)" lah yang mengenalkan mereka kepada dunia mainstream. Lagu ini membantu album Licensed To Ill menjadi album hip hop/rap pertama dalam sejarah menduduki carta no 1 di Billborad 200. Jangan tak percaya, walaupun muzik rap/hip hop di dominasi oleh golongan kulit hitam tetapi trio kulit putih inilah yang menjadikan rap/hip hop ke pentas mainstream. Mugkin juga orang putih disana terpedaya denga lagu "You Gotta) Fight for Your Right (to Party!)". Ingat band rock...rupanya hip hop...sama seperti saya...hahaha....

Selain "(You Gotta) Fight for Your Right (to Party!)", saya juga tertarik dengan sebuah lagi lagu berentak rock yang bertajuk "No Sleep till Brooklyn".  Bukan sahaja tajuknya diilhamkan dari lagu "No Sleep 'til Hammersmith" dari Motörhead tetapi mereka juga menjemput Kerry King dari Slayer untuk menyolo dalam lagu ini. Malah Kerry King juga muncul dalam video clip lagu tersebut.

Sebenarnya hanya 2 lagu tersebut yang saya suka. Jujurnya saya kurang berminat dengan hip hop. Namun begitu banyak juga lagu-lagunya yang sedap. "Brass Monkey" dan "Paul Revere" contohnya. Cd ini saya beli demi kenangan ketika saya menuntut di ITM. Saya dan seorang rakan yang gemar gansta rap bertukar-tukar kaset mencuba genre yang kami tak biasa. Cuba juga mendengar NWA dan Public Enemy...tetapi tak boleh nak masuk...





4 comments:

  1. Dulu ni group top. Aku tak dengar tapi aku tahu ramai suka. Even sekarang dorang masih relevan, tu hari yang original member dia mati, keluar semua mainstream news

    ReplyDelete
  2. Dulu aku pun ingat ni band rock..hahah..sygnya masa zaman punk diorang tak tekenal

    ReplyDelete
  3. tak perna dgr band ni, aku ada suka lagu hip hop juga cam too phat ngan eminem tu. ada beberapa lagu lah.

    ReplyDelete
  4. aku langsung tak minat dan tak pernah layan pun ini grup..
    tapi saje jugak nak tulis kat ruangan komen ni..
    kihh kihh

    ReplyDelete