Monday, November 14, 2016

Nafas

Sempena 20 tahun dan tribute kepada Arab...


Lefthanded - Nafas (1996)

Satu-satunya album live Lefthanded. Sayangnya tanpa Nash dan Arwah Man Dayak. Tempatnya digantikan oleh Arwah Arab dan Tom. Cuma ada 6 lagu. Selebihnya adalah 2 lagu versi akustik yang gitarnya dimainkan oleh Eddie Marzuki dan 2 lagu baru ciptaan Arwah Arab yang dimainkan oleh Arwah Samad, Yan dan Tom tanpa Man Kidal.

Bagi saya ianya tidak cukup Lefthanded. Bukan untuk menidakkan kehebatan vokal Arwah Arab dan ketukan drum Tom. Tetapi tanpa Nash dan Arwah Man Dayak, selayaknya mungkin cd ini dinamakan Lefthanded dan rakan-rakan. Membelinya dulu semata-mata kerana mahu mendengar petikan live gitar Man Kidal dan Arwah Samad dalam 6 lagu tersebut.

Ini versi 1st press...dah keluar dah pun versi reissue...tak pasti apa bezanya pasal tak beli...

Dengan reputasi Man Kidal, Arwah Samad, Yan dan Tom memang sudah semestinya persembahan live mereka memang tiada cacat celanya. Sound sedap. Memang power. Vokal Arab pun bagus. Kira sesuai jugalah beliau diambil untuk mengantikan Nash. Malah lagu Semangat Lamina pun dia bawa dengan baik. Saya lebih menyukai versi live ini berbanding versi Ramli Sarip. Mungkin kerana versi ini lebih betul betul saya dengar berbanding versi album Fanatisme.


Agak terkejut juga mendapat berita tentang permergian beliau. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan karier beliau tetapi saya tahu selain mempunyai vokal yang baik, arwah juga seorang komposer yang bagus. Satu satunya lagu nyanyian beliau yang saya tahu adalah "Bila Bulan Berwarna Biru". Itupun setakat mendengar di radio dan tidak pernah mendengar album penuh Arab & Aidit. (baru jer kan keluar versi cd reissue)

Berbalik pada Nafas, Saya sebenarnya menantikan solo Prodigal Son, sayangnya semenjak kontroversi solo ini tersebar rasanya Arwah Samad dan Man Kidal sememangnya dah tak main pun dah versi solo dari BOTB tu..



Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab)
1966 -2016
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" 
 "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."





14 comments:

  1. Sutra dulu2 ada satu drama melayu pakai lagu ni sebagai ending credit setiap episode.
    Antara sesi dimana aku sanggup mendangok depan tv tengok drama melayu

    ReplyDelete
  2. satu-satunya album lefhanded yg aku ada dlm format kaset cetakan semula...\

    ReplyDelete
  3. semangat lamina dan debunga wangi versi live arab aku ada dengar dalam album kompilasi lefthanded reunion (kaset) memang best...

    ReplyDelete
  4. Al fatihah.
    Vokal arwah arab kalo nyanyi lagu rock mmg best.aku pun suka lagu semangat lamina versi live ni

    ReplyDelete
  5. klu dlm album double trouble.. dlm lgu intro ade lirik.."jalan2 ke negeri arab..pakai kasut berderap2..semua org mahu wanita cantik tak boleh diharap..senget senget sikit"..sape agaknya yg nyanyi..
    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. Bukan satu satunya album live Lefthanded.

    Ada satu lagi : Live at Planet Hollywood.

    Yg ni full line up minus Samad

    ReplyDelete
  7. baru tau album live rupanya baru tau

    ReplyDelete
  8. NAFAS Live nie walaupun bukan Lefthanded yg korang nak.. tapi bagi aku ia adalah antara rakaman terbaik Malaysia.. suara Arab pun padu.. kalau xsilap aku dalam majalah MASA (utusan) siap ada line up baru Lefthanded yg man Kidal formed.. tapi xtau apa citer band yg dia tubuhkan selepas album nie.. pendek kata.. 90an bagi aku adalah Lefthanded NAFAS nie.. bukan Rock n Roll Pie atau sebarang Wings selepas.. or semasa Awie gone solo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...Lefthanded sepatutnya boleh jadi lebih besar dari Search atau Wings...tapi ego masing2 pun sama besar...sayang...

      Delete
  9. salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Arab

    ReplyDelete
  10. Ada versi edisi khas legenda rock 2004 yg tak full screen tu....yg baru reissue ada lagu bonus Sentuhan Kidal..Al fatihah utk arwah sdr Arab, baru tahu beliau meninggal dunia...

    ReplyDelete