Wednesday, November 23, 2016

Yours Truly

Yang menyambut ulangtahun ke 20...


Cromok - Yours Truly (1996) - keluaran semula 2016

Tak pernah terlepas membeli setiap kaset Cromok ketika ianya diriliskan. Tetapi saya bukanlah peminat tegar mereka. Ada kalanya beli tetapi bukanlah untuk di dengar sangat pun. Ini penyakit gatal tangan setiap kali menyinggah ke kedai kaset. Tengok-tengok mesti akhirnya terbeli juga.

Yours Truly adalah dalam kategori tersebut. Tak berapa nak dengar sangat pun. Cromok yang betul-betul saya dengar dari kulit ke kulit hanyalah sehingga Forever In Time. Muzik mereka saya rasakan sedikit berubah selepas dari itu. Tak pasti berapa lagu yang solonya dimainkan oleh Khalid Mobin (Rusty Blade) tetapi memang agak jelas perbezaannya. Ketukan drumnya pun begitu. Bunyinya lebih padu. Mungkin juga kerana penangan Zan (Rusty Blade).


"Siblings", "Stranger", "Maram Perapu Kepunden Paran Sekeper" dan "Final Ticking" adalah yang paling menarik. Lainnya ada sedikit kurang bagi pendengaran telinga saya. Biasa -biasa sahaja.

Tetapi penyakit di zaman kaset berterusan. Walaupun dah ada cdnya dalam koleksi cd Anthology (2009) tetapi tetap gatal tangan juga dengan membeli cd reissue ini....








6 comments:

  1. beli bert, jangan tak beli,
    asal keluar CD jer terus beli, asal keluar beli jer terus CD,
    haah haah !!

    ReplyDelete
  2. aku perasan jugak kat kedai ada cd2 Cromok yang takde sebelum ni.
    Best cetakan semula album2 lama makin menjadi2

    ReplyDelete
  3. Sama la aku beli pun pasal nak dgr sound drum yg bedentum tu je

    ReplyDelete
  4. tabiat membeli tu yg bahaya..kdg2 kluar dr list..beli benda lain bila masuk kedai cd/kaset...hahahaha

    ReplyDelete
  5. cd ni masih menunggu giliran dalam list aku.. 2 cd cromok belum beli lagi yang reisu punya ni...aaaarghhh klu ada kat giant tempat aku beli lauk kompom akan disambar dengan segera..

    ReplyDelete
  6. bermula dari album ni hinggalah untitled arrangement dan melodi sama saja through out all the song. Cuma Deafening Silence ada tempias technical metal skit.

    ReplyDelete