Saturday, February 18, 2017

Fighting The World


Yang genap 30 tahun semalam, 17hb Februari...


Manowar - Fighting The World (1987)

Ini antara album Manowar kegemaran. Kerana lagu-lagu dan juga nilai nostalgianya. Ianya antara album mereka yang mula-mula saya dengar walaupun tidak pernah memilikinya sehinggalah zaman kenal e-bay.

Album pertama mereka dengan label dan bajet besar. Maka soundnya lebih bersih (polished). Mungkin ada yang tidak suka. Tetapi bagi saya sound begini dapat mengambarkan muzik Manowar yang sebenar. Ianya bukanlah Manowar kalau tidak bombastic, over the top, larger than life melodic heavy metal. Memang power!

“Blow Your Speakers” adalah antara lagu mereka yang mula-mula saya berkenan. "Cary On" pula walaupun agak komersial tetapi mungkin ianya tribute mereka kepada Judas Priest. Ianya mengingatkan kepada lagu-lagu Judas Priest seperti “Defenders Of The Faith”, “United” atau “Take On The World”.


“Defender”, "Fighting The World", “Violence & Blood Shed”, “Holy War” dan terutamanya “Black Wind, Fire And Steel" adalah apa kita mahu dan harapkan dari Manowar. Lagu-lagu yang catchy, shredding solo, ketukan drum yang padu, bass yang meletup-letup dan vokalnya yang bertenaga. Ini adalah ramuan terbaik untuk heavy metal.

Senang cakap, tak cukup heavy metal lah kalau tak dengar Manowar!

Blow Your Speakers!!!



11 comments:

  1. Artwork depan tu teringat masa zaman komik melayu tgh popular dulu.suma lukisan cover depan ala2 mcm gitu

    ReplyDelete
  2. Amazing ye band ni dulu, anyway tu hari Ross the Boss kena tanya pasal reunion, dia cakap Joey belum call dia. Apasal aku rasa nanti Manowar reunion dengan Ross the boss.

    ReplyDelete
  3. biasa dgr band manowar ni.. tp jrg dgr lagu2nya..

    ReplyDelete
  4. ehhh aku ada defender nye single tau, versi lain.
    ada 2 version lagu tu di-release-kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. versi 1983 kan...aku takat layan kat youtube ajer la...

      Delete
  5. Aku dengar Monowar tapi Portdy kutuk aku dengar rock spender rimau.

    ReplyDelete
  6. haah manowar... bakal diriliskan discography manowar di blog yusrina.. tunggu jer besok.. insyaAllah

    ReplyDelete