Monday, February 27, 2017

Hidden Figures

Memang tak sempat dah...pagi ni dah Academy...hanya berjaya tonton 5 dari 9 calon filem terbaik Oscar...


Hidden Figures (2016)

IMDB: 7.9/10 / Rotten Tomatoes: 92%

"The story of a team of African-American women mathematicians who served a vital role in NASA during the early years of the US space program."

Siapa suka filem berdasarkan kisah benar dan sejarah rasanya tak akan ada masalah untuk suka. Berlatarbelakangkan era 60an dimana isu diskriminasi kulit hitam masih berleluasa dan perlumbaan ke angkasa lepas di antara Amerika Syarikat dan Rusia sedang hangat dipertaruhkan. Sejarah bermulanya IBM, komputer pertama di dunia juga ada di ketengahkan.

Ianya menceritakan kisah Katherine Johnson, seorang ahli matematik berkulit hitam bersama 2 orang rakannya, Dorothy Vaughn dan Mary Jackson yang berkerja West Area Computer Division di Langley Research Centre yang menggunakan kepakaran beliau dalam bidang matematik untuk membantu kejayaan NASA melancarkan angkasawan Amerika pertama yang berjaya mengelilingi orbit bumi.

Seperti tajuknya, mereka adalah wira yang tak didendang. Kalau tak tengok filem ini tak tahu pun yang mereka adalah antara figura penting dalam sejarah angkasalepas Amerika Syarikat. Ketabahan mereka menghadapi kerenah diskriminasi kaum yang mana bilik air, tempat kerja, tempat makan dan lain-lainya diasingkan mengikut warna kulit memang patut dipuji. Adegan beliau terpaksa berjalan kaki jauh ke bangunan lain semata-mata untuk ke tandas golongan kulit hitam memang menyedihkan. Namun kebijaksanaan dan kecekapan mereka dalam berkerja berjaya memecah tembok diskriminasi dan menjadi pioneer didalam bidang masing-masing.

Secara keseluruhan jalan ceritanya memang menarik. Dalam serius ada juga lawaknya. Watak-watak utamanya, Taraji P. Henson, Octavia Spencer dan Janelle Monáe memang cemerlang. Emosi mereka memang terasa di hati. Suka juga watak Kevin Costner sebagai boss yang memahami. Tak lupa juga Kirsten Dunst, walaupun adegannya tak banyak...tetapi bekesan.

Menang atau tidak...itu soal kedua. Tabik kepada yang menjayakan filem ini. Tanpanya, kita tak akan tahu pasal mereka...



4 comments:

  1. wow menarik, rebiu ni buat aku nak tgk terus filem ni. dah tau ke pemenang oskar tu, tadi pagi aku dgr radio dorang ckp sedang berlangsung skg ni kat amerika sana. haha

    ReplyDelete
  2. woow.. aku suka cerita2 gini insaf menginsafi gini. lagi best kalau memang based on true story nye.

    ReplyDelete
  3. Tinggi rating ada harapan menang ni.banyak movie best2 ko review tak tekejor aku..heheh

    ReplyDelete
  4. Dalam series Timeless pun ada cerita pasal Katherine Johnson. Timeless ni cerita time travel. Masa orang masa depan datang jumpa dia, dipujinya Katherine Johnson sebab apa yang dia buat menjadi inspirasi. Katherine Johnson pun blur sebab kerja dia cuma kat basement saja.

    ReplyDelete