Tuesday, February 21, 2017

Manchester by the Sea

Yang ke 3 dari 9 filem yang tercalon untuk filem terbaik anugerah Oscar...


Manchester by the Sea (2016)

IMDB: 8.1/10 / Rotten Tomatoes: 96%

"An uncle is asked to take care of his teenage nephew after the boy's father dies"

Perkataan "Manchester" menjadi penarik utama untuk menonton. Maklumlah sebagai peminat kelab bolasepak Manchester United, apa-apa yang berkaitan Manchester, kecuali Manchester City pastinya akan menarik perhatian...hahaha.. Tapi filem ni tiada kena mengena pun dengan Manchester United.

Manchester-by-the-Sea sebenarnya adalah sebuah pekan kecil di Cape Ann, Essex County, Massachusetts di Amerika Syarikat. Pekan yang mahu dilupakan oleh Lee Chandler (Casey Affleck). Beliau yang bertugas sebagai penyelia bangunan, digambarkan sebagai seorang yang anti sosial.

Kematian abangnya menyebabkan beliau terpaksa kembali ke pekan tersebut. Tanpa beliau sedari, beliau diwasiatkan untuk menjaga anak abangnya. Sejarah silam dan tanggungjawap terhadap anak saudaranya menjadi beliau dalam dilema.

Drama kekeluargaan dan kehidupan sebenar sebegini sememangnya menarik minat saya. "My kind of movie". Lakonan yang mantap. Dialog bersahaja yang nampak cukup "real". Lokasi pengambaran yang menarik. Perjalanan ceritanya teratur. Drama yang tidak buat rasa mengantuk. Kita juga dapat ilmu bagaimana proses pengurusan mayat di sana.

Saya harap Casey Affleck menang pelakon terbaik. Rasanya dia lebih bagus dari abangnya Ben Affleck. Lucas Hedges yang melakonkan watak sebagai anak saudara juga cemerlang. Ada chance juga untuk menang pelakon pembantu terbaik. Tetapi yang paling utamanya, selepas menonton 3 dari 9 yang tercalon, saya mengharapkan ini adalah filem terbaik. (mungkin juga terlalu awal untuk saya mengatakan begitu....)




6 comments:

  1. belum tgk ni.. mesti slow ni kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard la cerita drama...tapi yang ni tak la slow sangat...sedang elok...lancar ajer...tapi janglah mengharap letup meletup dan tembak menembak....

      Delete
  2. Mcm best cite ni.nanti aku cekidot.tq

    ReplyDelete
  3. apa2 je la ada perkataan Manchester mesti aku rasa nak tido.
    haha

    ReplyDelete
  4. kurang minat saya pada the storyline cerita ini.. so so ajer

    ReplyDelete