Friday, February 2, 2018

R.I.P

Entri yang tertinggal dari tahun lepas.

Yang dah masuk 30 31 tahun...


Coroner - R.I.P (1987)

Jarang dengar band metal yang berasal dari Switzerland. Kalau ada pun yang boleh diingat hanyalah Celtic Frost. Kebetulan pula Coroner adalah roadies kepada Celtic Frost. Malah Tom G. Warrior juga pernah menyumbangkan suara beliau untuk demo mereka. Ini adalah salah satu faktor mengapa saya tertarik kepada mereka.

Pernah juga tampal poster mereka di bilik, tetapi sebenarnya tak pernah dengar pun lagu-lagunya....haha...poseur sungguh. Tetapi itu adalah pengenalan saya kepada trio Coroner. Membaca ulasan album-album mereka di Kerrang! dan Metal Hammer membuatkan rasa berminat. Tapi faham-faham sahajalah situasi ketika itu (sekitar tahun 1988 - 1989). Agak susah juga untuk mendapatkan kaset-kaset sebegini terutamanya bila anda tinggal di pekan kecil dan masih bergelar pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang berlebihan.



Dah tua-tua ­čśÇ macam ni baru lah mampu untuk memiliki cdnya. R.I.P tidak jauh bezanya dengan album-album thrash Eropah yang seangkatan dengan mereka. Sound yang mentah, kasar dan aggressif. Yang bezanya mereka lebih teknikal berbanding band-band thrash yang lain. Tommy T. Baron sememangnya seorang gitaris yang berbakat. Solo-solo gitarnya amat melodic sehinggakan terasa seperti mendengar solo-solo band heavy metal.

Album ini hanyalah sekadar pengenalan. Mereka semakin menjadi progressif dan avant-garde untuk album-album yang berikutnya. Tak hairanlah kalau ada yang mengelar mereka sebagai "The Rush Of Thrash Metal".



3 comments:

  1. Tak perna mendengar band ni. Tapi logonya memang selalu nampak..

    ReplyDelete
  2. aku mmg bole masuk dgn muzik dorg ni..cuma dr segi cover album dan logo band mmg kurang menarik perhatian

    ReplyDelete
  3. Penah tau tapi tak penah dengo.hehe

    ReplyDelete